News & Events

November 20, 2025

YANIS & UNISEL RAIKAN HARI SUKAN KANAK-KANAK ISTIMEWA 2025 DENGAN PENUH WARNA DAN HARAPAN

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) dengan kerjasama Pusat Kegiatan Pelajar dan Jaringan Komuniti (COMNET) (HEP) hari ini berjaya menganjurkan Hari Sukan Kanak-kanak Istimewa YANIS 2025 dengan penuh meriah dan ceria di Dewan Pro-Canselor, UNISEL Kampus Shah Alam.
November 20, 2025

MAJLIS PERASMIAN PAMERAN ‘BUKA PINTU’ – HASIL KARYA PENSYARAH JABATAN SENI VISUAL

Universiti Selangor (UNISEL) melalui Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC) semalam telah menganjurkan Pameran Karya Seni Buka Pintu bertempat di Pustaka Raja Tun Uda (PPAS), Seksyen 13 Shah Alam. Majlis tersebut turut menjadi simbolik pembukaan rasmi Galeri Foto Buka Pintu PPAS-UNISEL, sekali gus menandakan kolaborasi kreatif antara institusi akademik dan perpustakaan negeri.
November 19, 2025

KARNIVAL INOVASI PENDIDIKAN MADANI 2025 MERIAH DI UNISEL BESTARI JAYA

Karnival Inovasi Pendidikan MADANI 2025 anjuran Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor dengan kerjasama Universiti Selangor (UNISEL) dan Menteri Besar Selangor (Incorporation) berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Canselor, Universiti Selangor Bestari Jaya.
November 14, 2025

BELANJAWAN SELANGOR 2026 PERKUKUH PERANAN UNISEL SEBAGAI INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI NEGERI

Universiti Selangor (UNISEL) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar Selangor atas komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh sektor pendidikan tinggi terutama sekali UNISEL melalui inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan Selangor 2026 sebentar tadi.
November 13, 2025

KAMI NAK BERJAYA SEPERTI GRADUAN KEMBAR YANG LAIN

Semangat dua beradik kembar dari Tumpat, Kelantan ini wajar dijadikan inspirasi. Walaupun tidak seiras, Muhammad Faiz Hazmie bin Ismail dan Muhammad Faiz Hazzuan bin Ismail berkongsi satu matlamat yang sama iaitu ingin berjaya seperti pasangan kembar graduan UNISEL yang tular di media sosial baru-baru ini.
November 11, 2025

MAJLIS PERASMIAN SCIENTECH4U – AI INVERTOR STEM CAMP MOSTI 2025 MERIAH DI UNISEL

Majlis Perasmian Program AI Inventor STEM Camp (SciTech4U – MOSTI) berlangsung dengan penuh meriah di Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya, menandakan permulaan sebuah inisiatif penting dalam memperkasa pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) berasaskan kecerdasan buatan (AI).
October 31, 2025

LAWATAN TAPAK UNDERWATER HERITAGE MALAYSIA, TENGGOL : MENYELAMI KEINDAHAN MEDIA DASAR LAUT

Dungun, Terengganu – Sebuah lawatan tapak penuh makna telah diadakan pada 29 dan 30 November 2025 di Pulau Tenggol, Kuala Dungun, Terengganu menerusi inisiatif Jabatan Seni Visual (FCVAC) dengan kerjasama strategik daripada DIVEBUDDY Malaysia.
October 31, 2025

TASIK LINDUNGAN BURUNG & KEPELBAGAIAN BIODIVERSITI

Ekspedisi penyelidikan biodiversiti menerusi Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FKSH) di Tasik Lindungan Burung, Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya telah dilaksanakan bermula selasa lalu sebagai sebahagian daripada usaha pengumpulan data saintifik bagi menyokong pencalonan kawasan utara Selangor sebagai Sabak Bernam Biosphere Reserve (SBBR) di bawah program UNESCO Man and the Biosphere (MAB).