
UNISEL SHINES ON THE INTERNATIONAL STAGE
November 19, 2026
WASPADA BANJIR | UNISEL KAMPUS BESTARI JAYA
November 19, 2026Pendaftaran pelajar baharu Universiti Selangor (UNISEL) bagi sesi Ambilan November 2026 mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutamanya anak-anak Selangor dan pemastautin apabila para pelajar mula hadir seawal jam 8.30 pagi di Dewan Naib Canselor Kampus Bestari Jaya dan Dewan Pro Canselor di Kampus Shah Alam.
Suasana pendaftaran turut dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa dan penjaga yang hadir bersama para pelajar, bukan sekadar untuk menemani urusan pendaftaran malah membawa doa, sokongan dan harapan agar perjalanan baharu ini menjadi titik awal kepada kejayaan mereka.
Ambilan November 2026 ini membuka ruang kepada lepasan SPM, STPM, Diploma dan setaraf untuk meneruskan pengajian dalam pelbagai bidang akademik yang ditawarkan UNISEL, sekali gus memberi peluang kepada mahasiswa untuk memilih laluan pendidikan yang bersesuaian dengan minat dan aspirasi masing-masing.
Antara bidang yang ditawarkan adalah sains kesihatan, pengurusan perniagaan, pendidikan, seni reka grafik, komunikasi, teknologi maklumat, sains dan kejuruteraan, serta pelbagai lagi bidang pengajian selaras dengan keperluan serta perkembangan industri semasa.
Selain menyediakan pelbagai pilihan program pengajian, UNISEL turut memberi penekanan kepada pembangunan mahasiswa secara menyeluruh melalui peluang untuk mengembangkan potensi diri, membina kemahiran dan mempersiapkan diri menghadapi dunia kerjaya.
Kehadiran Presiden dan Naib Canselor, Prof. Emeritus Ir. Dato' Dr. Hassan Basri di UNISEL kampus Shah Alam manakala Timbalan Naib Canselor, Prof. Madya Dr. Hamdan bin Dato' Hj. Mohd Salleh di kampus Bestari Jaya turut mencerminkan komitmen UNISEL dalam menyambut kedatangan pelajar dan ahli keluarga serta menyokong pelajar baharu sebagai sebahagian daripada warga universiti.
Selamat datang buat semua warga baharu Universiti Selangor iaitu seluruh pelajar yang mendaftar bagi sesi Ambilan November 2026. Semoga setiap langkah yang dimulakan di UNISEL membuka seribu peluang untuk membina pengalaman, mencapai kecemerlangan dan merealisasikan impian masing-masing.
Tahniah dan selamat datang kepada pelajar baharu Universiti Selangor (UNISEL) yang mendaftar pada hari ini di Kampus Shah Alam dan Kampus Bestari Jaya.
Sekiranya anda masih mencari hala tuju inilah masanya untuk membuat pilihan terbaik demi masa depan anda kerana tempoh pendaftaran akan dilanjutkan sehingga 04 Disember 2026.
Bestari Jaya: 03-3280 5062
Shah Alam: 03-5522 3400
+601123088002 (Cik Bunga)
+60183280167 (Cik Mira)
UNIVERSITI SELANGOR
19 November 2026










































