
ANAK SELANGOR MENDOMINASI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DI UNISEL
November 19, 2026
BUDI DISEMAI, PERPADUAN DITUAI: IKRAR MAHASISWA BAHARU UNISEL
November 20, 202619 November 2026 – Prof. Madya Dr. Hamdan bin Dato' Hj. Mohd Salleh, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (PPJK) UNISEL bersama Pengurusan HEP telah meninjau keadaan semasa paras air sungai berhampiran UNISEL Kampus Bestari Jaya.
Tinjauan ini merupakan langkah kesiapsiagaan pihak universiti dalam memantau perkembangan situasi banjir serta memastikan keselamatan dan kebajikan warga universit dan penduduk sekitar.
Pihak UNISEL turut menerima permohonan daripada Penghulu Mukim Bestari Jaya untuk mempertimbangkan penggunaan Dewan Kompleks Sukan UNISEL sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekiranya diperlukan.
Seluruh warga UNISEL dan komuniti setempat dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, mengutamakan keselamatan diri serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Sentiasa Berwaspada, Utamakan Keselamatan.


















