
BELANJAWAN SELANGOR 2027: UNISEL SAMBUT BAIK INISIATIF PENDIDIKAN 50 PERATUS DAN PERUNTUKAN RM1 JUTA DRONEPORT-1000
November 13, 2026
ANAK SELANGOR MENDOMINASI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DI UNISEL
November 19, 2026TAHNIAH! CampusFit AI – AI-Powered School Physical Fitness Platform yang dibentangkan oleh pelajar Jabatan Pengkomputeran, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), Universiti Selangor (UNISEL) berjaya meraih Excellence Award (ASEAN Track) dalam 2026 ASEAN-Oriented “AI + Sports” Application Scenario Competition yang berlangsung pada 18–19 November 2026 di Nanning, Guangxi, China.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Guangxi Zhuang Autonomous Region Sports Bureau, Guangxi Zhuang Autonomous Region Big Data Development Bureau dan Nanning Municipal People’s Government, dengan kerjasama National Sports Intelligent Sports Technology Innovation Center.
Program ini bertujuan memacu inovasi dan aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam bidang sukan, menggalakkan pertukaran ilmu dan teknologi serta memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara China dan negara-negara ASEAN.
Penyertaan ini bukan sekadar pertandingan, malah memberikan pendedahan antarabangsa kepada pelajar untuk meneroka kecanggihan teknologi AI di China, bertukar idea serta berkongsi perkembangan dan pelaksanaan teknologi AI dalam bidang sukan bersama delegasi negara-negara ASEAN.
Delegasi UNISEL turut berkesempatan bertemu dengan Tuan Kathiravan Subramaniam, Konsul Jeneral Malaysia di Nanning, bagi bertanya khabar, bertukar-tukar pandangan serta berkongsi pengalaman sepanjang penyertaan dalam program ini. Delegasi juga dibawa melawat China-ASEAN Countries Artificial Intelligence Application Cooperation Center untuk melihat sendiri pelbagai inovasi dan teknologi AI yang telah dibangunkan di China.
Dalam usaha memperluas jaringan kerjasama antarabangsa, delegasi UNISEL turut menyertai sesi perbincangan padanan perniagaan dan kerjasama strategik (Business Matchmaking) yang memfokuskan kepada senario aplikasi AI, produk teknologi serta keperluan kerjasama. Sesi ini membuka ruang untuk meneroka potensi penyelidikan bersama, pemindahan teknologi, pengkomersialan inovasi dan pelaksanaan penyelesaian AI dalam sektor sukan.
Tahniah dan terima kasih kepada delegasi UNISEL yang terdiri daripada dua orang pensyarah, Ts. Roziyani Binti Setik dan Ts. Norhawani Binti Ahmad Teridi, serta tiga orang pelajar, Farah Erina Binti Razali, Muhammad Hakimi Sa’ari dan Muhammad Dini Haiqal Bin Azri, yang diiringi oleh Dekan FCVAC, Prof. Madya Ts. Dr. Wan Azlan bin Wan Hassan @ Wan Harun, atas komitmen, usaha dan kerjasama dalam mengharumkan nama UNISEL serta Malaysia di persada antarabangsa.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Universiti Selangor (UNISEL) serta pihak penganjur atas peluang dan pengalaman yang amat bermakna ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar untuk terus berinovasi, meningkatkan daya saing dan membawa teknologi AI Malaysia ke peringkat global.
Beyond competition, we learn, we connect, we innovate and we grow together!
#UNISELKitaPunya! #FCVAC #CampusFitAI #ExcellenceAward #ASEANTrack #Malaysia #China #ASEAN #AISports #AIInnovation #InternationalCollaboration #ProudUNISEL
JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR


























