
Y.B. DANIAL AL RASHID LAKAR KEJAYAAN DI UNISEL, GENGGAM IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN
September 26, 2026BESTARI JAYA, 27 September 2026 – Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Ke-20 turut mencipta detik bermakna buat keluarga tokoh ulama, Al-Fadhil Syeikh Haji Dr. Mohd Jamil Sadaqi bin Dato’ Mursyid Diraja Syeikh Tajuddin Al-Jarumi, apabila anak beliau, Maisaa’ binti Mohd Jamil Sadaqi, menerima Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan UNISEL pada Sidang Ketiga Istiadat Konvokesyen UNISEL Ke-20 hari ini.
Syeikh Mohd Jamil yang merupakan Mudir Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah (Pondok Melele), Kedah serta Ahli Syura Pondok Madani Malaysia hadir bersama keluarga bagi menyaksikan sendiri detik penuh bermakna Maisaa’ menerima diploma pada istiadat berkenaan.
Menariknya, perjalanan Maisaa’ bersama UNISEL tidak terhenti di peringkat diploma. Atas keyakinan dan kepercayaan terhadap kualiti pendidikan yang diterima di UNISEL, khususnya Fakulti Sains Kesihatan, beliau kini memilih untuk meneruskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan di UNISEL.
Keputusan untuk kekal bersama UNISEL bagi meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi mencerminkan keyakinan terhadap ekosistem pembelajaran, tenaga akademik serta pengalaman pendidikan yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Kesihatan.
Kejayaan Maisaa’ turut menjadi sebahagian daripada komitmen UNISEL dalam menyediakan laluan pendidikan berterusan kepada mahasiswa, daripada peringkat diploma sehingga ke peringkat ijazah, sekali gus melahirkan graduan yang berilmu dan berkemahiran dalam bidang sains kesihatan.
Seluruh warga UNISEL merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Maisaa’ binti Mohd Jamil Sadaqi serta keluarga atas kejayaan yang diraih.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk Maisaa’ terus melakar kecemerlangan dalam pengajian dan seterusnya menyumbang kepada masyarakat serta negara.
Tahniah Maisaa’! Terus melangkah bersama UNISEL. 
ᴍᴜʜᴀᴍᴍᴀᴅ ᴀʟ ʜᴀꜰɪᴢ ʙɪɴ ᴀʙᴅ ʀᴀʜᴀᴍᴀɴ
ᴘᴇɴɢᴀʀᴀʜ
ᴊᴀʙᴀᴛᴀɴ ᴋᴏᴍᴜɴɪᴋᴀꜱɪ ᴋᴏʀᴘᴏʀᴀᴛ
ᴜɴɪᴠᴇʀꜱɪᴛɪ ꜱᴇʟᴀɴɢᴏʀ


















