
ANAK TOKOH ULAMA RAIH DIPLOMA, TERUS PILIH UNISEL UNTUK PENGAJIAN IJAZAH
September 27, 2026
WARNA-WARNI DUA HARI PERTAMA ISTIADAT KONVOKESYEN UNISEL KE 20
September 28, 2026UNISEL SELFA-HSP PERKASA BAKAT KEJURURAWATAN MELALUI KERJASAMA STRATEGIK UNIVERSITI-INDUSTRI
BESTARI JAYA, 27 September 2026 – Universiti Selangor (UNISEL) terus memperkukuh jaringan strategik bersama industri kesihatan menerusi UNISEL SELFA-HSP (Hospital Sponsorship Programme), yang menyediakan peluang penajaan kepada pelajar Diploma Kejururawatan UNISEL.
Diperkenalkan pada tahun 2021, SELFA-HSP kini berkembang dengan penglibatan pelbagai institusi kesihatan swasta terkemuka. Program ini menawarkan sokongan melalui penajaan yuran pengajian dan elaun bulanan, sekali gus membantu mengurangkan beban pendidikan serta menyediakan laluan kerjaya kepada bakal jururawat.
Sempena Istiadat Konvokesyen UNISEL Ke-20, seramai 17 graduan Diploma Kejururawatan tajaan Gleneagles Hospital Johor (GHJ) diraikan atas kejayaan menamatkan pengajian. Bagi tempoh 2022 hingga 2025, GHJ telah menaja 19 pelajar manakala tambahan 12 pelajar bagi pengambilan 2025 hingga Ogos 2026 menerima tajaan yang diunjurkan.
Menurut Dekan Fakulti Sains Kesihatan UNISEL, En. Mohd Sharikh Dali bin Mahad, kerjasama strategik menerusi SELFA-HSP bukan sahaja membuka akses lebih luas kepada pendidikan kejururawatan, malah menghubungkan proses pendidikan dengan keperluan sebenar industri kesihatan.
“Selain menerima sokongan kewangan sepanjang pengajian, pelajar turut mempunyai laluan kerjaya yang lebih jelas selepas bergraduat. Ini selari dengan komitmen Fakulti Sains Kesihatan UNISEL untuk melahirkan graduan kejururawatan yang kompeten, profesional dan bersedia memenuhi keperluan industri kesihatan negara,” katanya.
Istiadat konvokesyen turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi Gleneagles Hospital Johor, Encik Thanabalan Muthaliar bersama barisan pengurusan hospital berkenaan.
Sejak diperkenalkan, SELFA-HSP telah berkembang dengan penglibatan pelbagai institusi kesihatan swasta termasuk Gleneagles, Pantai, Columbia Asia, Avisena, Putra Medical Centre dan Island Hospital, sekali gus memperkukuh kerjasama universiti–industri serta kebolehpasaran graduan UNISEL.
UNISEL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Gleneagles Hospital Johor atas kepercayaan dan komitmen berterusan dalam menyokong pendidikan serta pembangunan bakat kejururawatan negara.
#UniselKitaPunya #UNISELSELFAHSP #HospitalSponsorshipProgramme #GleneaglesHospitalJohor #DiplomaKejururawatan #KonvokesyenUNISEL
ᴍᴜʜᴀᴍᴍᴀᴅ ᴀʟ ʜᴀꜰɪᴢ ʙɪɴ ᴀʙᴅ ʀᴀʜᴀᴍᴀɴ
ᴘᴇɴɢᴀʀᴀʜ
ᴊᴀʙᴀᴛᴀɴ ᴋᴏᴍᴜɴɪᴋᴀꜱɪ ᴋᴏʀᴘᴏʀᴀᴛ
ᴜɴɪᴠᴇʀꜱɪᴛɪ ꜱᴇʟᴀɴɢᴏʀ






















