October 29, 2025

UNISEL MENERIMA KUNJUNGAN KOLEJ VOKASIONAL DAN TEKNIKAL ANHUI YANGTZE DARI CHINA

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Delegasi Kolej Vokasional dan Teknikal Anhui Yangtze (Anhui Yangtze Vocational & Technical College) dari China di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Berlian, Kampus Shah Alam.
October 28, 2025

UNISEL – IKDAR PERKUKUH KERJASAMA AKADEMIK DEMI PENDIDIKAN HOLISTIK

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) dalam satu sesi perbincangan rasmi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Kualiti, Aras 2, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FPSS), Kampus Bestari Jaya.
October 16, 2025

USTAZ SAMSUL DEBAT MEWARNAI PROGRAM BICARA BUDIMAN UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pusat Kegiatan Pelajar & Jaringan Komuniti (COMNET) serta anjuran bersama Pusat Islam UNISEL dan Pusat Informasi Islam MAIS semalam, menganjurkan Program Bicara Budiman yang berlangsung dengan penuh pengisian dan makna di Dewan Pro Canselor, Kampus Shah Alam, dengan kehadiran lebih 600 peserta terdiri daripada pelajar, staf dan komuniti luar.
October 13, 2025

UNISEL RAIKAN HARI SUKAN NEGARA DENGAN PENUH SEMANGAT KESUKANAN

Universiti Selangor (UNISEL) meraikan Hari Sukan Negara 2025 pada 11 Oktober lepas dengan penganjuran dua kejohanan sukan utama iaitu Pertandingan Badminton Selangor Veteran dan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka UNISEL. Kedua-dua acara ini berlangsung meriah di Kompleks Sukan Kampus Bestari Jaya dan berjaya menarik penyertaan besar daripada pelbagai lapisan masyarakat.
September 27, 2025

THENMOLY A/P PARAMESWARAN TERIMA ANUGERAH CANSELOR UNISEL 2025

Thenmoly A/P Parameswarani, graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) hari ini menerima Anugerah Canselor sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Ke-19 bagi tahun 2025.
September 27, 2025

IJAZAH SECARA ANUMERTA KEPADA ALMARHUM MUHAMMAD SHAHREN ADHA

Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-19 hari ini menyentuh hati para jemputan yang hadir apabila nama Almarhum Muhammad Shahren Adha bin Shahrul Nizam diumumkan bagi menerima Ijazah Secara Anumerta Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian).
September 27, 2025

ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI SELANGOR KALI KE-19

Seramai 2696 orang graduan menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Ke-19 bertempat di UNISEL, Kampus Bestari Jaya. Jumlah tersebut merangkumi 302 graduan yang mengikuti peringkat Tahun Asas, 1225 graduan peringkat Diploma, 1122 graduan peringkat Ijazah Sarjana Muda, 26 graduan peringkat Ijazah Sarjana, dan 21 graduan peringkat Kedoktoran. Istiadat penuh warna-warni dan gilang gemilang ini berlangsung selama tiga hari bermula 27 hingga 29 September 2025.
August 29, 2025

MAJLIS BACAAN IKRAR PELAJAR BAHARU KEMASUKAN OGOS 2025

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini mengadakan Majlis Bacaan Ikrar Pelajar Baharu bagi kemasukan Ogos 2025. Majlis yang berlangsung di Dewan Canselor, UNISEL Bestari Jaya itu merupakan kesinambungan bagi Minggu Tekad Siswa Budiman (MTSB) bagi pelajar-pelajar baharu yang mula mendaftar semalam.