
UNISEL PERKUKUH KEDUDUKAN DALAM QS ASIA UNIVERSITY RANKINGS 2027
November 5, 2026
PELUANG EMAS ANAK SELANGOR : UNISEL MANFAATKAN SUBSIDI PENGAJIAN SPASEL & DANA IKTISASS DI SES 2026
November 11, 2026Program Outbound Mobility (Summer Course Program 2026) anjuran Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Fakulti Ilmu Pendidikan (FIP), Universitas Negeri Malang (UM), Indonesia kini secara rasmi bermula!
Seramai 15 orang pelajar UNISEL daripada pelbagai bidang pengajian, bersama Dr. Liana binti Ab Latif, telah selamat tiba di Malang, Indonesia dan menerima sambutan mesra dalam Majlis Pembukaan Rasmi yang diadakan pada hari ini.
Berlangsung selama 14 hari, bermula 3 hingga 16 November 2026, program ini menyediakan pelbagai pengalaman pembelajaran yang merangkumi:
Lebih membanggakan, sebagai sebahagian daripada pengisian akademik program, Dr. Liana turut diberi penghormatan untuk menyampaikan syarahan khas sebagai Guest Lecturer kepada mahasiswa peringkat Sarjana (S2) di Universitas Negeri Malang. Penglibatan ini mencerminkan perkongsian kepakaran akademik serta pengukuhan jaringan kerjasama antara kedua-dua institusi.
Selamat maju jaya kepada semua peserta. Manfaatkan setiap peluang dan cipta kenangan yang bermakna!
UNISEL – Beyond Borders, Toward Excellence! 

JABATAN ANTARABANGSA
UNIVERSITI SELANGOR























