
PELUANG EMAS ANAK SELANGOR : UNISEL MANFAATKAN SUBSIDI PENGAJIAN SPASEL & DANA IKTISASS DI SES 2026
November 11, 2026UNISEL TERIMA LAWATAN RASMI DELEGASI NANNING VOCATIONAL AND TECHNICAL UNIVERSITY (NVTU) CHINA, PERKASA KERJASAMA AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN
BESTARI JAYA, 11 November 2026 – Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima kunjungan lawatan rasmi daripada delegasi Nanning Vocational and Technical University (NVTU), China, dalam usaha melebarkan jaringan kerjasama antarabangsa serta memperkasakan bidang akademik dan penyelidikan.
Lawatan rasmi ini merupakan kesinambungan strategik susulan Memorandum of Collaboration (MoC) yang telah dimeterai antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober 2026 di Guangxi, China.
Pertemuan rasmi ini menjadi platform penting untuk menyempurnakan penyerahan Plak Memorandum of Collaboration (MoC) sebagai simbolik komitmen padu kedua-dua institusi pengajian tinggi tersebut.
Antara fokus utama perbincangan strategik yang dijalankan merangkumi Kolaborasi Akademik & Penyelidikan menerusi penerokaan potensi kerjasama dalam projek penyelidikan bersama, pertukaran kepakaran, dan pembangunan kurikulum.
Dalam pada itu, mensasarkan Peluang Industri & Lawatan Fasiliti menerusi sesi lawatan ke kemudahan prasarana serta pendedahan kepada rangkaian industri tempatan bagi memperkukuh kebolehpasaran graduan dan latihan praktikal.
Lawatan ini dijangka memantapkan lagi hubungan dua hala antara UNISEL dan NVTU, sekali gus membuka lebih banyak ruang peluang pembelajaran global serta pembangunan inovasi bagi kedua-dua belah pihak.
JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR































