
UNISEL MENJADI TUAN RUMAH KARNIVAL INOVASI PENDIDIKAN MADANI SEKTOR PEMBELAJARAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA SELANGOR 2026
November 24, 2026
UNISEL ABADIKAN SEJARAH MEMORI MELALUI PROGRAM BICARA BUKU: DARI BATANG BERJUNTAI KE BESTARI JAYA
November 26, 2026KUALA LUMPUR | 25 NOVEMBER 2026 - Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof. Emeritus Ir. Dato’ Dr. Hassan Basri bersama Prof. Madya Dr. Hashimah Ismail, Pengarah Jabatan Antarabangsa UNISEL telah mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Libya di Kuala Lumpur dalam usaha memperkukuh hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi antara UNISEL dan Libya.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Duta Libya ke Malaysia, Mohamed A.M Attia, bersama Atase Akademik, Dr. Aiman Elmahmodi.
Dalam pertemuan tersebut, Presiden dan Naib Canselor telah memperkenalkan profil, keupayaan akademik serta penawaran program pengajian UNISEL kepada pihak kedutaan.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada potensi kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, khususnya peluang pengambilan pelajar antarabangsa dari Libya untuk melanjutkan pengajian di UNISEL.
Pihak Kedutaan Libya menyambut baik kunjungan ini dan menyatakan keterbukaan serta sokongan terhadap usaha memperluas kerjasama dengan UNISEL, terutamanya dalam mempromosikan peluang pendidikan dan menarik lebih ramai pelajar Libya untuk melanjutkan pengajian di Malaysia.
Kunjungan ini merupakan satu langkah positif dalam memperluas jaringan diplomatik dan kerjasama antarabangsa UNISEL, sekali gus memperkukuh kedudukan universiti sebagai institusi pendidikan tinggi yang komited dalam membina hubungan strategik merentasi sempadan negara.
JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT



















