
BUDI DISEMAI, PERPADUAN DITUAI: IKRAR MAHASISWA BAHARU UNISEL
November 20, 2026
UNISEL PERKUKUH HUBUNGAN DIPLOMATIK DAN KERJASAMA PENDIDIKAN TINGGI BERSAMA LIBYA
November 25, 2026UNISEL MENJADI TUAN RUMAH KARNIVAL INOVASI PENDIDIKAN MADANI SEKTOR PEMBELAJARAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA SELANGOR 2026
BESTARI JAYA, 24 NOVEMBER 2026 – Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya telah menjadi lokasi penganjuran Karnival Inovasi Pendidikan MADANI Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor 2026 yang membawa tema “Memacu Reformasi Pendidikan Melalui Inovasi”.
Penganjuran karnival ini menghimpunkan warga pendidik, murid serta pelbagai pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan bagi mengetengahkan hasil inovasi, amalan terbaik sekolah dan pendekatan pembelajaran kreatif yang berupaya memperkukuh kualiti pendidikan.
Pelbagai pengisian telah dilaksanakan merangkumi Pameran Inovasi dan Amalan Baik Sekolah, pertandingan Bridge Building Competition, Dron, Robot Soccer, Sport Stacking, Reka Cipta Grafik Canva Hadis 40 Imam Nawawi serta Kuiz Interaktif SMART Literasi dan Numerasi Pemulihan Khas. Turut berlangsung ialah Kolokium Kajian Tindakan MADANI (K-KAMA’26) dan pameran berinformasi daripada pelbagai agensi serta organisasi yang terlibat.
Majlis perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Azri bin Zainol Nor, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Menteri Besar Selangor. Majlis turut diserikan dengan ucapan oleh Prof. Madya Dr. Dzulkarnain bin Ahmad, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor (Transformasi & Jaringan Industri).
Penganjuran program seumpama ini mencerminkan komitmen UNISEL dalam menyediakan platform kolaborasi antara institusi pendidikan tinggi dengan pihak sekolah dan agensi berkaitan, khususnya dalam memperluas perkongsian ilmu, memperkasa budaya inovasi serta menyokong pembangunan ekosistem pendidikan yang lebih progresif dan berdaya saing.
Kemuncak penganjuran turut menyaksikan pemeteraian sijil jaringan strategik antara Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor dengan UNISEL Kampus Bestari Jaya sebagai langkah memperkukuh hubungan kerjasama dan membuka ruang kepada pelaksanaan inisiatif pendidikan yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.
UNISEL kekal komited untuk memainkan peranan sebagai rakan strategik dalam pembangunan pendidikan negara melalui pengukuhan jaringan kerjasama, perkongsian kepakaran dan pembudayaan inovasi demi melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu, kreatif dan berdaya saing.
#𝑈𝑛𝑖𝑣𝑒𝑟𝑠𝑖𝑡𝑖𝑆𝑒𝑙𝑎𝑛𝑔𝑜𝑟 #𝑈𝑛𝑖𝑠𝑒𝑙𝐾𝑖𝑡𝑎𝑃𝑢𝑛𝑦𝑎 #𝐾𝑖𝑡𝑎𝑆𝑒𝑙𝑎𝑛𝑔𝑜𝑟 #𝑃𝑒𝑛𝑑𝑖𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛𝑀𝐴𝐷𝐴𝑁𝐼 #𝐼𝑛𝑜𝑣𝑎𝑠𝑖𝑃𝑒𝑛𝑑𝑖𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛 #𝑀𝑒𝑚𝑎𝑐𝑢𝑅𝑒𝑓𝑜𝑟𝑚𝑎𝑠𝑖𝑃𝑒𝑛𝑑𝑖𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛
ᴍᴜʜᴀᴍᴍᴀᴅ ᴀʟ ʜᴀꜰɪᴢ ʙɪɴ ᴀʙᴅ ʀᴀʜᴀᴍᴀɴ
ᴘᴇɴɢᴀʀᴀʜ
ᴊᴀʙᴀᴛᴀɴ ᴋᴏᴍᴜɴɪᴋᴀꜱɪ ᴋᴏʀᴘᴏʀᴀᴛ
ᴜɴɪᴠᴇʀꜱɪᴛɪ ꜱᴇʟᴀɴɢᴏʀ








































