
UNISEL DIIKTIRAF SEBAGAI UNIVERSITI SWASTA KETIGA PALING LESTARI DI MALAYSIA MELALUI UI GREENMETRIC 2026
October 23, 2026
TAHNIAH & TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN KEPADA UNISEL
October 30, 2026SHAH ALAM, 23 Oktober 2026 – Universiti Selangor (UNISEL) terus mencatat perkembangan positif di peringkat antarabangsa apabila berjaya menduduki tangga ke-213 dunia dalam UI GreenMetric World University Rankings 2026, sekali gus memperlihatkan peningkatan ketara sebanyak 273 anak tangga berbanding kedudukan ke-486 pada tahun 2020.
Pencapaian tersebut meletakkan UNISEL dalam kelompok 11 peratus universiti teratas daripada keseluruhan 2,016 universiti yang menyertai penarafan berkenaan di seluruh dunia.
Lonjakan ini mencerminkan komitmen berterusan UNISEL dalam memperkukuh agenda kelestarian melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif kampus hijau, pengurusan sumber secara berkesan, pemeliharaan alam sekitar serta pembudayaan amalan pembangunan mampan dalam ekosistem universiti.
Pencapaian di peringkat global ini turut melengkapkan kejayaan UNISEL yang diiktiraf sebagai Universiti Swasta Ketiga Paling Lestari di Malaysia menerusi UI GreenMetric 2026, sebagaimana diumumkan dalam program yang berlangsung di Sunway University pada 22 Oktober 2026.
Kejayaan tersebut merupakan hasil komitmen dan kerjasama bersepadu pihak pengurusan universiti, pasukan penyelarasan UI GreenMetric serta seluruh warga UNISEL dalam memastikan agenda kelestarian terus menjadi sebahagian daripada keutamaan pembangunan universiti.
UNISEL komited untuk meneruskan momentum pencapaian ini melalui pengukuhan dasar, pelaksanaan inisiatif kelestarian yang lebih menyeluruh serta peningkatan daya saing universiti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
UNISEL terus melangkah ke hadapan, memacu kelestarian untuk masa depan yang lebih mampan.


















