
UNISEL LONJAK 273 ANAK TANGGA, KINI DI KEDUDUKAN KE-213 DUNIA DALAM UI GREENMETRIC 2026
October 23, 2026
CALL FOR ABSTRACTS & PARTICIPATION | INTERNATIONAL EDUCATION CONFERENCE 2026 (IEC 2026)
November 3, 2026Universiti Selangor (UNISEL) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua penerima geran konsultasi, pelaksana projek serta pengendali kursus dan program bagi tempoh Ogos hingga Oktober 2026.
Penghargaan ini turut diberikan atas komitmen dan sumbangan bagi tujuan penjenamaan UNISEL, sekali gus menyokong usaha memperkukuh imej, reputasi dan keterlihatan universiti.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen warga UNISEL dalam memanfaatkan kepakaran, memperluas jaringan kerjasama strategik serta menjana pendapatan universiti melalui pelaksanaan projek, perkhidmatan konsultasi dan program berimpak.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif dan kerjasama yang mampu memberikan manfaat kepada universiti, industri serta masyarakat.
Terus melakar kejayaan, memperkasa kepakaran dan mencipta impak!
UNISEL | MENCIPTA IMPAK
JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR























