
AIR SELANGOR, UNISEL DAN STDC TEROKA POTENSI PEMBANGUNAN UNIVERSITI AIR PERTAMA DI MALAYSIA
October 21, 2026
UNISEL LONJAK 273 ANAK TANGGA, KINI DI KEDUDUKAN KE-213 DUNIA DALAM UI GREENMETRIC 2026
October 23, 2026UNISEL DIIKTIRAF SEBAGAI UNIVERSITI SWASTA KETIGA PALING LESTARI DI MALAYSIA MELALUI UI GREENMETRIC 2026
Alhamdulillah, Universiti Selangor (UNISEL) telah menerima pengiktirafan sebagai Universiti Swasta Ketiga Paling Lestari di Malaysia melalui UI GreenMetric di dalam Forum Ui Greenmetric Global Sustainable Forum 2026 bertempat di Sunway University pada 22 Oktober 2026.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan UNISEL dalam memperkukuh agenda kelestarian universiti melalui pengurusan kampus hijau, pemeliharaan alam sekitar serta pelaksanaan inisiatif yang menyokong pembangunan mampan.
Kejayaan ini turut didukung oleh usaha penyelarasan dan pemantauan inisiatif kelestarian, pengumpulan serta pengesahan data, penyediaan dokumentasi dan kerjasama strategik merentas jabatan serta pusat tanggungjawab universiti.
Penghargaan khusus diberikan kepada pasukan penyelarasan UI GreenMetric UNISEL yang telah bekerja secara bersepadu dalam menggerakkan agenda ini, dengan sokongan padu pihak pengurusan universiti dan seluruh warga UNISEL.
Pengiktirafan ini bukan sekadar satu pencapaian, malah menjadi pemangkin untuk UNISEL terus memperkukuh prestasi kelestarian dan memperluas impak positif terhadap alam sekitar serta masyarakat.
Semoga kejayaan ini menjadi asas kepada usaha yang lebih progresif ke arah pembentukan kampus yang hijau, berdaya tahan dan mampan, selaras dengan aspirasi UNISEL untuk terus cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
UNISEL Bersama Memacu Kelestarian, Demi Masa Depan yang Lebih Hijau.





















