
UNISEL TEROKAI PEMBANGUNAN PROGRAM PERUBATAN
October 3, 2026
BICARA PENDAFTAR: MEMPERKASA KEPIMPINAN, PEMACU TRANSFORMASI
October 7, 2026Shah Alam - 2 Oktober 2026, Hubungan akademik merentas sempadan kini semakin kukuh. Universiti Selangor (UNISEL) dengan bangganya meterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Bangkinang (STIEB), Indonesia bertempat di UNISEL Kampus Shah Alam.
Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran seramai 88 orang tetamu, merangkumi kepimpinan tertinggi & tenaga pengajar STIEB yang diketuai oleh Dr. H. Zamhir Basem, MM & Dr. H. Arman, MM, serta barisan pengurusan UNISEL & Fakulti Perniagaan & Perakaunan (FPP).
Bukan sekadar tandatangan di atas kertas, program diteruskan dengan pengisian padat & berimpak:
SLOT 1 (Dewan Kuliah LT2): Taklimat akademik khas buat mahasiswa STIEB daripada pensyarah FPP, dimeriahkan lagi dengan persembahan bertenaga & 'sporting' daripada pelajar FPP UNISEL.
SLOT 2 (Bilik Mesyuarat Senat): Perbincangan meja bulat antara Pengurusan FPP & STIEB bagi merangka agenda kolaborasi penyelidikan, pertukaran pelajar & pensyarah, serta program akademik yang lain.
Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari di Kafe Kampus Shah Alam—penuh dengan senyuman, kemesraan dan semangat ukhuwah Nusantara.
Semoga jalinan strategik ini terus mekar dan membuka ruang serta peluang kejayaan buat mahasiswa kedua-dua institusi.
JABATAN ANTARABANGSA UNISEL



























