
NUSANTARA BERSATU, ILMU MEKAR DI UNISEL
October 3, 2026
SAF 2026 PENTAS WACANA PEMIKIRAN SIDDIQ FADZIL & GAGASAN NEGARA MADANI
October 7, 2026BESTARI JAYA, 7 Oktober 2026 – Perpustakaan Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar telah menganjurkan Program Bicara Pendaftar yang bertajuk “Memperkasa Kepimpinan, Pemacu Transformasi” yang berlangsung di Bilik Seminar Siddiq Fadzil, Perpustakaan UNISEL, Kampus Bestari Jaya hari ini.
YBhg. Prof. Madya Dr. Fridelina binti Sjahir, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Penyelidikan) telah merasmikan dan memberikan sokongan penuh terhadap usaha memperkukuh budaya kepimpinan, komunikasi dan transformasi dalam kalangan warga universiti.
Program yang menampilkan Pendaftar UNISEL, YBrs. En. Mohd Razaki Abdullah sebagai panel jemputan dan Ketua Perpustakaan, En. Hafiz Abdul Rahim sebagai moderator ini menjadi platform interaksi dalam menyampaikan perkongsian secara langsung antara Pendaftar dengan warga UNISEL.
Sesi bicara tersebut memberi tumpuan kepada aspek kepimpinan, budaya kerja, transformasi organisasi, cabaran semasa serta hala tuju universiti, selaras dengan usaha memperkukuh kefahaman dan penglibatan warga universiti dalam agenda pembangunan serta transformasi UNISEL.
Program turut disusuli dengan sesi soal jawab yang memberi ruang kepada peserta untuk mengemukakan pertanyaan, pandangan serta mendapatkan penjelasan secara langsung berkaitan pengurusan dan hala tuju universiti.
Penganjuran Bicara Pendaftar ini diharapkan dapat memperkukuh budaya komunikasi terbuka, perkongsian ilmu dan kolaborasi dalam kalangan warga UNISEL, seterusnya membentuk kepimpinan yang berdaya saing serta menjadi pemacu kepada transformasi universiti.
ᴍᴜʜᴀᴍᴍᴀᴅ ᴀʟ ʜᴀꜰɪᴢ ʙɪɴ ᴀʙᴅ ʀᴀʜᴀᴍᴀɴ
ᴘᴇɴɢᴀʀᴀʜ
ᴊᴀʙᴀᴛᴀɴ ᴋᴏᴍᴜɴɪᴋᴀꜱɪ ᴋᴏʀᴘᴏʀᴀᴛ
ᴜɴɪᴠᴇʀꜱɪᴛɪ ꜱᴇʟᴀɴɢᴏʀ


























