
2,549 DRADUAN DIRAI, ISTIADAT KONVOKESYEN UNISEL KE-20 MELABUHKAN TIRAI PENUH GEMILANG
September 28, 2026Kelihatan megah Dewan Istiadat Konvokesyen yang menjadi saksi detik bersejarah para graduan, di samping Pentas Utama Pesta Konvo yang menghidupkan suasana sambutan dan kemeriahan warga UNISEL.
Deretan khemah, cahaya yang menerangi kawasan kampus, serta kehadiran para graduan, keluarga dan warga universiti membentuk satu pemandangan yang cukup bermakna dan menggambarkan sebuah kampus yang bukan sahaja meraikan kejayaan, tetapi turut meraikan perjalanan, kenangan dan kebersamaan.
Hari ini, mungkin suasananya kembali tenang. Namun, setiap sudut kampus ini masih menyimpan jejak sebuah perjalanan yang ada ceritanya sendiri.
Konvokesyen Ke-20 UNISEL bukan sekadar sebuah istiadat. Ia adalah sebuah kenangan yang akan kekal dalam sejarah perjalanan setiap graduan dan pengunjung.
Tahniah kepada seluruh graduan Konvokesyen Ke-20 UNISEL! Semoga langkah seterusnya membawa anda menuju masa depan yang lebih gemilang.
ᴍᴜʜᴀᴍᴍᴀᴅ ᴀʟ ʜᴀꜰɪᴢ ʙɪɴ ᴀʙᴅ ʀᴀʜᴀᴍᴀɴ
ᴘᴇɴɢᴀʀᴀʜ
ᴊᴀʙᴀᴛᴀɴ ᴋᴏᴍᴜɴɪᴋᴀꜱɪ ᴋᴏʀᴘᴏʀᴀᴛ
ᴜɴɪᴠᴇʀꜱɪᴛɪ ꜱᴇʟᴀɴɢᴏʀ





















