
MENTERI PERPADUAN NEGARA HADIR MAJLIS PERASMIAN PENUTUP GEMA GEMPITA MADANI 2026 DI UNISEL
September 28, 2026
SEBUAH PANDANGAN DARI LANGIT, SEJUTA CERITA DI BUMI UNISEL
September 29, 2026BESTARI JAYA, 28 September 2026 – Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Ke-20 melabuhkan tirainya hari ini selepas berlangsung dalam lima sidang, menyaksikan seramai 2,549 graduan diraikan atas kejayaan menamatkan pengajian dalam pelbagai peringkat dan bidang.
Sepanjang berlangsungnya istiadat, Dewan Canselor UNISEL menjadi saksi detik penuh bermakna apabila para graduan melangkah ke pentas menerima pengiktirafan hasil usaha, ketekunan dan pengorbanan sepanjang menempuh perjalanan akademik di universiti ini.
Istiadat Konvokesyen Ke-20 bukan sahaja menjadi medan meraikan kecemerlangan graduan, malah mencerminkan komitmen berterusan UNISEL dalam melahirkan graduan berilmu, berkemahiran dan berdaya saing yang mampu menyumbang kepada masyarakat, negeri serta negara.
Kemeriahan konvokesyen turut dikongsi bersama ibu bapa dan ahli keluarga yang hadir memberikan sokongan, sekali gus menjadikan detik bersejarah ini sebagai kenangan yang akan terus terpahat dalam perjalanan setiap graduan.
UNISEL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga universiti, jawatankuasa, petugas, rakan strategik serta semua pihak yang telah berganding bahu dalam memastikan kelancaran dan kejayaan Istiadat Konvokesyen UNISEL Ke-20.
Tahniah dan selamat maju jaya kepada 2,549 graduan UNISEL Ke-20.
Teruslah melangkah membawa ilmu, nilai dan nama UNISEL ke persada yang lebih tinggi.
UNISEL Kita Punya.



























