
SESI SERAH TUGAS PENGARAH KOMUNIKASI KORPORAT UNISEL METRAI FASA BAHARU KEPIMPINAN
September 3, 2026
UNISEL MEMPERKUKUH LANGKAH KE ARAH UNIVERSITI LESTARI MELALUI FORUM SUSTAINABILITY AND ESG 2026
September 11, 2026BESTARI JAYA, 9 September 2026 - Universiti Selangor (UNISEL) semalam terus memperkukuh peranannya sebagai institusi pendidikan dengan membawa kepakaran, pengalaman dan pemikiran tokoh ilmuwan serta pemimpin masyarakat secara langsung ke dalam ekosistem akademik universiti.
Pelantikan YBhg. Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman sebagai Profesor Adjung UNISEL bukan sekadar satu pengiktirafan terhadap ketokohan beliau, malah membuka ruang kepada mahasiswa dan warga akademik untuk mendapat manfaat daripada pengalaman kepimpinan, pembangunan masyarakat, kemanusiaan serta jaringan beliau di peringkat nasional dan antarabangsa.
Pada masa yang sama, pelantikan barisan Profesor Wakaf Ilmu memperluas lagi ruang perkongsian ilmu melalui syarahan, wacana akademik, penyelidikan, penerbitan dan bimbingan kepada warga universiti.
Inilah antara pendekatan UNISEL dalam memastikan pendidikan tidak hanya berlaku di dalam bilik kuliah, tetapi turut diperkaya melalui pengalaman sebenar, pemikiran tokoh serta kefahaman terhadap keperluan masyarakat dan negara.
Majlis pelantikan Profesor Adjung dan Profesor Wakaf Ilmu berlangsung hari ini di Bilik Seminar Siddiq Fadzil, Perpustakaan UNISEL Kampus Bestari Jaya dan telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Ir. Dato’ Dr. Hassan Basri, Presiden dan Naib Canselor UNISEL.
Majlis turut menyaksikan Syarahan Khas Profesor Adjung oleh YBhg. Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman bertajuk “Amanah Fikrah Siddiq Fadzil: Dari Warisan Pemikiran Ke Pemikiran Berwawasan”.
Pelantikan ini mencerminkan komitmen UNISEL untuk terus menghubungkan dunia akademik dengan kepakaran, pengalaman dan pemikiran tokoh-tokoh berwibawa dalam usaha melahirkan graduan yang berilmu, berfikiran luas dan mampu memberi manfaat kepada masyarakat.
Majlis turut diserikan dengan deklamasi puisi oleh Sdr. Amirul Hakim bin Mohd Resadi yang membawa tajuk "Tiga Dasawarsa", karya Almarhum Ust. Siddiq Fadzil.
Tahniah kepada semua penerima watikah pelantikan.
Ilmu disemai, hikmah dikongsi, bakti dicurah sepanjang masa.
JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
10 September 2026


































