
KUNJUNGAN HORMAT & TAKLIMAT PELAN TRANSFORMASI UNISEL 2026-2030
August 19, 2026
IKRAR DILAFAZ, AMANAT DISANJUNG, WARGA BAHARU, WARGA BAHARU MULAKAN LANGKAH
August 28, 2026Pendaftaran Pelajar Baharu Universiti Selangor (UNISEL) bagi sesi Ambilan Ogos 2026 mendapat sambutan yang menggalakkan apabila para pelajar mula hadir seawal jam 8.30 pagi di Dewan Canselor Kampus Bestari Jaya dan Dewan Pro Canselor di Kampus Shah Alam.
Suasana pendaftaran turut dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa dan penjaga yang hadir bersama para pelajar, bukan sekadar untuk menemani urusan pendaftaran malah membawa doa, sokongan dan harapan agar perjalanan baharu ini menjadi titik awal kepada kejayaan mereka.
Ambilan Ogos 2026 ini membuka ruang kepada lepasan SPM, STPM, Diploma dan setaraf untuk meneruskan pengajian dalam pelbagai bidang akademik yang ditawarkan UNISEL, sekali gus memberi peluang kepada bakal mahasiswa untuk memilih laluan pendidikan yang bersesuaian dengan minat dan aspirasi masing-masing.
Antara bidang yang ditawarkan adalah perniagaan, pendidikan, komunikasi, teknologi, sains dan kejuruteraan, dan pelbagai lagi selaras dengan keperluan serta perkembangan industri semasa.
Selain menyediakan pelbagai pilihan program pengajian, UNISEL turut memberi penekanan kepada pembangunan mahasiswa secara menyeluruh melalui peluang untuk mengembangkan potensi diri, membina kemahiran dan mempersiapkan diri menghadapi dunia kerjaya.
Turut hadir menyambut kehadiran pelajar baharu dan ibu bapa ialah Prof. Madya Dr. Hamdan bin Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL serta Prof. Madya Dr. Dzulkarnain bin Ahmad, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Transformasi dan Jaringan Industri UNISEL. Kehadiran barisan pengurusan universiti turut mencerminkan komitmen UNISEL dalam menyambut dan menyokong pelajar baharu sebagai sebahagian daripada warga universiti.
Selamat datang dan selamat memulakan perjalanan sebagai warga Universiti Selangor kepada seluruh pelajar Ambilan Ogos 2026. Semoga setiap langkah yang dimulakan di UNISEL membuka seribu peluang untuk membina pengalaman, mencapai kecemerlangan dan merealisasikan impian masing-masing.
Tahniah dan selamat datang kepada pelajar baharu Universiti Selangor (UNISEL) yang mendaftar pada hari ini di Kampus Shah Alam dan Kampus Bestari Jaya.
Kepada anda yang masih mencari hala tuju selepas peperiksaan, inilah masanya untuk membuat pilihan terbaik demi masa depan anda kerana tempoh pendaftaran dipanjangkan sehingga 04 September 2026.
Bestari Jaya: 03-3280 5062
Shah Alam: 03-5522 3400
+601123088002 (Cik Bunga)
+60183280167 (Cik Mira)
JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
27 Ogos 2026

























































