
UNISEL-CHINA SINERGI: MENEROKA HORIZON BAHARU PENYELIDIKAN, INOVASI DAN TEKNOLOGI MASA HADAPAN
August 18, 2026KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2026 — Universiti Selangor (UNISEL) melangkah ke era baharu pemodenan akademik dan pemerkasaan institusi menerusi pembentangan rasmi Pelan Transformasi UNISEL 2026–2030 sempena sesi Kunjungan Hormat yang berlangsung di Pejabat Pengerusi Kumpulan, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Menara Merdeka 118, hari ini.
Majlis berprestij ini turut menyaksikan Majlis Serahan Surat Pemakluman Perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bersempena dengan penyambungan pelantikan Yang Amat Dihormati (Y.A.D.) Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad bin Raja Tun Uda sebagai Canselor Universiti Selangor. Sesi serahan surat perkenan DYMM Sultan Selangor tersebut disempurnakan oleh Presiden dan Naib Canselor UNISEL, YBhg. Prof. Emeritus Ir. Dato' Dr. Hassan bin Basri.
Pelan Transformasi UNISEL 2026–2030 dirangka sebagai landasan utama untuk memperkukuh kedudukan universiti sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang progresif, berdaya saing, serta responsif terhadap cabaran semasa dan masa hadapan.
Sesi pembentangan dan perbincangan khas yang dipimpin oleh Prof. Emeritus Ir. Dato' Dr. Hassan bin Basri memperincikan hala tuju universiti dalam memperkukuh hubungan strategik bersama rakan-rakan berkepentingan, termasuk Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) [MBI] dan sektor korporat.
Pertemuan di Aras 91 Menara Merdeka 118 tersebut dihadiri oleh barisan kepimpinan dan tokoh-tokoh utama antaranya:
• Y.A.D. Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad bin Raja Tun Uda – Canselor UNISEL
• Y.A.D. Tan Sri Dato' Seri Muhammad Bin Ibrahim – Pro-Canselor UNISEL
• Y.A.D. Engku Sri Paduka Diraja Raja Dato' Reza Al-Haj Bin Raja Dato' Zaib Shah Al-Haj – Pro-Canselor UNISEL
• YBhg. Dato' Ts. Hj. SaipolYazan M Yusop – Ketua Pegawai Eksekutif MBI merangkap Ahli Lembaga Pengarah UNISEL Sdn. Bhd.
• Serta barisan Pengurusan Tertinggi Universiti Selangor.
Majlis yang bermula pada jam 9.20 pagi itu diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati, sesi fotografi rasmi, dan sesi lawatan Menara Merdeka Merdeka 118 Aras 91 sebelum diakhiri dengan jamuan ringan.
HASRIL ABU HASSAN
PENGARAH KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
19 Ogos 2026


































