Universiti Selangor (UNISEL), formerly known as Universiti Industri Selangor, was established on 23rd August 1999 and was approved under the Private Higher Education Institutions Act 1996 (Act 555) on 14 March 2000. We are currently operating at two campuses: the sprawling 1000-acre Main Campus in Bestari Jaya and the City Campus in Shah Alam.
Universiti Selangor (UNISEL), formerly known as Universiti Industri Selangor, was established on 23rd August 1999 and was approved under the Private Higher Education Institutions Act 1996 (Act 555) on 14 March 2000. We are currently operating at two campuses: the sprawling 1000-acre Main Campus in Bestari Jaya and the City Campus in Shah Alam.
Universiti Selangor (UNISEL) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Masjid Wilayah Persekutuan.
Universiti Selangor (UNISEL) hari ini mengadakan lawatan akademik ke CyberSecurity Malaysia bersempena sesi lawatan serta perbincangan strategik berkaitan pembangunan akademik dan latihan dalam bidang keselamatan siber.
Unit Zakat Pusat Islam UNISEL kini melancarkan Kempen Zakat Akhir Tahun 2025 bagi menggalakkan umat Islam menunaikan zakat melalui platform Billplz atau secara langsung di kaunter Unit Zakat Pusat Islam. 🕌💻
Program CIPTA 2025 dianjurkan bagi menyemarakkan budaya inovasi dengan menggalakkan pembangunan idea, produk, perkhidmatan dan sistem baharu yang mampu meningkatkan kecemerlangan akademik serta pentadbiran. Ia turut meraikan kakitangan dan pelajar yang menghasilkan inovasi serta penyelidikan berkualiti tinggi, di samping memperkukuh jaringan kolaborasi antara fakulti, jabatan dan rakan industri.
Misi bantuan pascabanjir anjuran Skuad Sukarelawan Pusat Kegiatan Pelajar dan Jaringan Komuniti COMNET, Universiti Selangor (UNISEL) terus diperluas dalam usaha membantu komuniti yang terkesan. Selepas turun padang di Padang Jawa, Shah Alam sebelum ini, pasukan sukarelawan kini bergerak ke lokasi seterusnya iaitu Kampung Parit Mahang, Ijok.
Seramai lebih 150 orang pelajar Universiti Selangor (UNISEL) dari Kampus Bestari Jaya dan Shah Alam telah turun padang menyertai Skuad Sukarelawan COMNET dalam misi bantuan pasca banjir di Padang Jawa, Shah Alam. Kehadiran para sukarelawan ini bukan sahaja meringankan beban mangsa terlibat, malah memperlihatkan semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam kalangan mahasiswa.
Pagi ini pihak Pusat Kegiatan Pelajar dan Jaringan Komuniti (COMNET) UNISEL hadir ke taklimat berkaitan banjir dan perancangan pasca banjir yang disampaikan oleh YB Tuan Danial, ADUN Batu Tiga, dengan kehadiran Ahli Majlis MBSA, JKM Shah Alam, pihak bomba, pihak polis, JPS, ketua kampung, NGO, Unit Bencana SUK dan HEP UNISEL.
Bengkel Penyediaan Kertas Penyelidikan Geran Siddiq Fadzil 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 22 dan 23 November di Hotel Bangi Resort, menghimpunkan lebih 60 orang peserta terdiri daripada para sarjana, penyelidik serta cendekiawan pelbagai disiplin.
Hari Keluarga Badan Kebajikan Staf UNISEL (BKSU) 2025 berlangsung meriah selama dua hari di Stadium UNISEL, pada 21 dan 22 November 2025, dengan kehadiran ratusan staf bersama ahli keluarga.