
UNISEL MEMPERKUKUH LANGKAH KE ARAH UNIVERSITI LESTARI MELALUI FORUM SUSTAINABILITY AND ESG 2026
September 11, 2026
PAMERAN PERPUSTAKAAN SEMPENA KONVOKEYSEN UNISEL KE-20 SEMARAKKAN APRESIASI TERHADA SEJARAH & ALUMNI UNIVERSITI
September 18, 2026SHAH ALAM, 15 September 2026 – Universiti Selangor (UNISEL) turut hadir memeriahkan program bersama Dato’ Menteri Besar Selangor sempena sambutan Hari Malaysia 2026 yang berlangsung di Dewan Al Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Program berlangsung menerusi dua sesi utama, iaitu Bicara Perdana Dato’ Menteri Besar Selangor sempena Hari Malaysia 2026, diikuti Townhall Rakyat Sinar Harian bersama Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.
Turut bersama ialah seramai 80 orang mahasiswa Budiman UNISEL yang hadir menghayati perkongsian dan aspirasi kepimpinan negeri, khususnya mengenai peranan generasi muda dalam mencorakkan masa depan Selangor dan Malaysia.
Bertemakan “Seruan Kita, Harapan Kita , Masa Depan Kita”, program ini menjadi wadah menyemarakkan semangat kebersamaan, perpaduan serta tanggungjawab generasi muda terhadap pembangunan negeri dan negara.
Sebagai universiti milik Kerajaan Negeri Selangor, UNISEL akan terus memperkasa mahasiswa sebagai generasi berilmu, berdaya saing dan berupaya memberikan impak kepada masyarakat.
Selamat Hari Malaysia 2026! 
MUHAMMAD AL-HAFIZ ABD RAHAMAN
PENGARAH KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
15 September 2026























