
PAMERAN PERPUSTAKAAN SEMPENA KONVOKEYSEN UNISEL KE-20 SEMARAKKAN APRESIASI TERHADA SEJARAH & ALUMNI UNIVERSITI
September 18, 2026
UNISEL PERKUKUH HALA TUJU MENERUSI TRANSFORMASI 2026-2030
September 21, 2026SHAH ALAM, 17 September 2026 – Universiti Selangor (UNISEL) melalui Jabatan Antarabangsa dengan kerjasama Fakulti Sains Kesihatan (FSK) telah menerima lawatan rasmi serta memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universitas Strada, Indonesia (USI), Kota Kediri, Jawa Timur bertempat di I Zone, Bangunan Berlian, UNISEL Kampus Shah Alam.
Majlis tersebut menyaksikan kehadiran seramai 53 orang delegasi USI yang terdiri daripada 50 orang pelajar Sarjana Sains Kesihatan (pelbagai bidang) dan 3 orang pensyarah pengiring termasuk Dekan Fakultas Perbidanan Dr. Reni Yuli Astuti. Kehadiran delegasi disambut oleh En. Mohd Sharikh Dali Mahad, Dekan Fakulti Sains Kesihatan (FSK) dan Pengarah Jabatan Antarabangsa UNISEL sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Hashimah Ismail.
Pemeteraian kerjasama strategik ini bertujuan memperkukuh hubungan antarabangsa UNISEL terutamanya dalam beberapa aspek penting, antaranya ialah:
- Mobiliti & Pertukaran Pelajar: Membuka peluang pengalaman pembelajaran antarabangsa.
- Penyelidikan & Pembangunan Akademik: Memperkasa penerbitan dan inovasi bersama.
- Kolaborasi Pengajian Sains Kesihatan & Profesional: Meningkatkan mutu pendidikan kejururawatan serta sains kesihatan.
Para delegasi juga dibawa ke Fakulti Sains Kesihatan UNISEL bagi melihat suasana pembelajaran serta fasiliti pengajaran dan makmal yang disediakan.
Pihak pengurusan UNISEL berharap agar jalinan kerjasama ini terus berkembang kukuh dan memberikan manfaat yang berterusan kepada kedua-dua institusi.
JABATAN ANTARABANGSA
UNIVERSITI SELANGOR





















