
BICARA PENDAFTAR: MEMPERKASA KEPIMPINAN, PEMACU TRANSFORMASI
October 7, 2026BESTARI JAYA, 7 OKTOBER 2026 – Simposiom Fikrah Siddiq Fadzil (SAF) 2026 yang bertemakan “Siddiq Fadzil & Negara MADANI” telah berlangsung dengan penuh jayanya di Dewan Senat, Canseleri UNISEL Kampus Bestari Jaya. Program anjuran Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama rakan strategik ini menghimpunkan pelbagai pengisian ilmiah termasuk pembentangan 50 tajuk kajian.
Majlis Perasmian simposium berkenaan telah disempurnakan oleh Datuk Dr. Hasan Bahrom, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan peranan penggerak amal Islami serta penghayatan pemikiran ilmiah dalam memperkasakan agenda Malaysia MADANI.
Sebelum acara perasmian disempurnakan, majlis dimulakan terlebih dahulu dengan acara Forum Fikrah MADANI yang bertajuk “Pemikiran Siddiq Fadzil: Warisan dan Relevansi Kontemporari”. Forum tersebut dimoderatorkan oleh Ts. Izwan Suhadak Ishak (Timbalan Pengarah IPKSF) dan menampilkan tiga ahli panel terkemuka.
Antara pengisian forum disampaikan oleh Dato' Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil (Ketua Pengarah IKIM) yang mengupas tajuk “Fiqh Ta’ayyush dan Pembinaan Bangsa Malaysia Harmoni”. Antara lain adalah, Datuk Dr. Hasan Bahrom (Yang Dipertua YADIM) yang membincangkan “Menjayakan Siasah Madani: Peranan Penggerak Amal Islami di Malaysia”. Juga, Profesor Dr. Md Sidin Ahmad Ishak (Pengarah IPKSF) yang membawakan topik “Bahasa Jiwa Tamadun: Mengakar Budi, Membina Bangsa”.
Atur cara perasmian turut diseri dengan ucapan sambutan daripada Prof. Madya Dr. Hamdan bin Dato' Mohd Salleh, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti) UNISEL. Sesi pembukaan awal program pula dipimpin oleh Pengarah SAF 2026, Dr. Muhamad Razak Idris.
Program yang berlangsung sepanjang hari ini diteruskan pada sebelah petang melalui Sidang Selari SAF 2026 di Perpustakaan UNISEL, di mana 50 tajuk kajian dibentangkan mengikut kumpulan di bilik-bilik kuliah dan mesyuarat yang ditetapkan.
Simposium ini diakhiri dengan Majlis Penutup yang menyaksikan pembentangan resolusi serta penyampaian sijil penghargaan kepada para pembentang.
ᴍᴜʜᴀᴍᴍᴀᴅ ᴀʟ ʜᴀꜰɪᴢ ʙɪɴ ᴀʙᴅ ʀᴀʜᴀᴍᴀɴ
ᴘᴇɴɢᴀʀᴀʜ
ᴊᴀʙᴀᴛᴀɴ ᴋᴏᴍᴜɴɪᴋᴀꜱɪ ᴋᴏʀᴘᴏʀᴀᴛ
ᴜɴɪᴠᴇʀꜱɪᴛɪ ꜱᴇʟᴀɴɢᴏʀ

































