
UNISEL SELFA-HSP PERKASA BAKAT KEJURURAWATAN MELALUI KERJASAMA STRATEGIK UNIVERSITI-INDUSTRI
September 27, 2026
MENTERI PERPADUAN NEGARA HADIR MAJLIS PERASMIAN PENUTUP GEMA GEMPITA MADANI 2026 DI UNISEL
September 28, 2026BESTARI JAYA, 27 September 2026 – Penuh senyuman, rasa syukur dan kebanggaan. Demikian suasana yang mewarnai dua hari pertama Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Ke-20.
Sejak sidang pertama, dewan istiadat menyaksikan satu demi satu detik bermakna apabila para graduan tampil menerima ijazah dan diploma masing-masing, menandakan kemuncak perjalanan pengajian mereka di UNISEL.
Di sebalik kemeriahan istiadat, terserlah pelbagai emosi dalam kalangan graduan dan keluarga yang hadir. Tepukan, senyuman serta wajah penuh bangga mengiringi setiap nama yang diumumkan dan setiap langkah graduan menuju ke pentas.
Turut mencuri perhatian ialah kepelbagaian latar belakang graduan yang diraikan, masing-masing membawa kisah perjuangan dan pencapaian tersendiri sehingga berjaya sampai ke detik bersejarah ini.
Istiadat Konvokesyen UNISEL Ke-20 yang berlangsung dalam lima sidang meraikan seramai 2,309 graduan daripada pelbagai peringkat pengajian.
Dua hari pertama telah melakar pelbagai momen indah di dalam dewan istiadat, menjadi kenangan yang pastinya akan terus terpahat dalam ingatan para graduan dan keluarga.
Tahniah, graduan UNISEL!
ᴍᴜʜᴀᴍᴍᴀᴅ ᴀʟ ʜᴀꜰɪᴢ ʙɪɴ ᴀʙᴅ ʀᴀʜᴀᴍᴀɴ
ᴘᴇɴɢᴀʀᴀʜ
ᴊᴀʙᴀᴛᴀɴ ᴋᴏᴍᴜɴɪᴋᴀꜱɪ ᴋᴏʀᴘᴏʀᴀᴛ
ᴜɴɪᴠᴇʀꜱɪᴛɪ ꜱᴇʟᴀɴɢᴏʀ































