
UNISEL HADIR PROGRAM BERSAMA DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR SEMPENA HARI MALAYSIA 2026
September 15, 2026
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DAN LAWATAN AKADEMIK DARI UNIVERSITAS STRADA, INDONESIA
September 20, 2026PAMERAN PERPUSTAKAAN SEMPENA KONVOKEYSEN UNISEL KE-20 SEMARAKKAN APRESIASI TERHADA SEJARAH & ALUMNI UNIVERSITI
BESTARI JAYA, 18 September 2026 – Pameran Perpustakaan sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-20 dan Pameran Alumni UNISEL telah dirasmikan oleh Prof. Emeritus Ir. Dato’ Dr. Hassan Basri, Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor, hari ini.
Majlis perasmian yang berlangsung di Bilik Seminar Siddiq Fadzil, Perpustakaan UNISEL Kampus Bestari Jaya itu turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi universiti serta warga UNISEL.
Pameran tersebut mengetengahkan pelbagai bahan dan dokumentasi berkaitan perjalanan serta perkembangan UNISEL, di samping menampilkan koleksi yang mengimbau kembali sejarah, pencapaian dan sumbangan alumni universiti.
Usai majlis perasmian, Prof. Emeritus Ir. Dato’ Dr. Hassan Basri bersama barisan pengurusan tertinggi universiti turut meluangkan masa melawat ruang pameran dan meninjau bahan-bahan yang dipamerkan.
Penganjuran pameran ini bukan sahaja menjadi pelengkap kepada kemeriahan Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-20, malah menjadi wadah untuk memperkenalkan khazanah ilmu, sejarah institusi serta legasi alumni kepada warga universiti dan para pengunjung.
Pameran berkenaan turut mencerminkan komitmen Perpustakaan UNISEL dalam memelihara dokumentasi dan memupuk penghargaan terhadap perjalanan universiti yang terus berkembang sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi di Selangor.
MUHAMMAD AL-HAFIZ ABD RAHAMAN
Pengarah
Jabatan Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
18 September 2026
































