
IKRAR DILAFAZ, AMANAT DISANJUNG, WARGA BAHARU, WARGA BAHARU MULAKAN LANGKAH
August 28, 2026
UNISEL PERKUKUH EKOSISTEM ILMU MELALUI KEPAKARAN TOKOH DAN ILMUWAN
September 10, 2026SHAH ALAM — Jabatan Komunikasi Korporat Universiti Selangor (UNISEL) melakar dimensi baharu kepimpinan menerusi sesi serah tugas jawatan Pengarah yang berlangsung secara rasmi dalam suasana penuh tertib dan harmoni.
Menerusi pertukaran kepimpinan ini, Encik Muhammad Al-Hafiz bin Abd Rahaman yang dahulunya menyandang jawatan Pengarah Pusat Kegiatan Pelajar & Jaringan Komuniti (COMNET) dilantik secara rasmi sebagai Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat UNISEL yang baharu. Beliau mengambil alih peranan tersebut daripada Encik Hasril Abu Hassan mantan Pengarah Komunikasi Korporat yang terdahulu.
Sesi penyerahan berkenaan telah disempurnakan oleh Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof. Emeritus Dato' Dr. Hassan bin Basri. Acara pertukaran portfolio ini mencerminkan komitmen berterusan pihak pengurusan tertinggi UNISEL dalam memantapkan struktur pentadbiran universiti, di samping memperkasakan strategi komunikasi serta pengurusan universiti secara holistik.
Pihak pengurusan universiti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan serta dedikasi yang ditunjukkan oleh kedua-dua Pengarah, dan mendoakan kecemerlangan berterusan dalam menerajui portfolio masing-masing demi kemajuan UNISEL.
JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
3 September 2026

















