
UNISEL DAN INSTITUT TEKNOLOGI BANDUNG METERAI MOU PERKUKUH KERJASAMA AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN ASEAN
July 10, 2026SUBANG JAYA, 12 Julai – AAK UNISEL FC muncul juara Liga FAS Bahagian 1 2026 selepas menewaskan Kenali Yakin FC menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium MBSJ, Subang Jaya, petang tadi.
Perlawanan yang turut disaksikan oleh Prof. Emeritus Ir. Dato' Dr. Hassan Basri, Presiden dan Naib Canselor UNISEL berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sepanjang 70 minit permainan, namun terikat 1-1 sehingga wisel penamat ditiupkan. Keputusan itu memaksa pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.
AAK UNISEL FC mempamerkan ketenangan dan disiplin tinggi dalam penentuan tersebut apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti dengan cemerlang untuk mencatat kemenangan 5-3, sekali gus menjulang kejuaraan Liga FAS Bahagian 1 musim 2026.
Kejayaan ini menjadi bukti semangat juang, kesungguhan dan kerja berpasukan yang dipamerkan oleh seluruh pemain serta barisan kejurulatihan AAK UNISEL FC sepanjang kempen liga sehingga bergelar juara.
Lebih membanggakan, pemain AAK UNISEL FC, Naufal Akif, telah dinobatkan sebagai Pemain Bernilai Sepanjang Liga (Most Valuable Player - MVP) hasil aksi cemerlang yang dipamerkan sepanjang perlawanan akhir.
Kejayaan ini turut memastikan AAK UNISEL FC layak beraksi di Playoff Selangor Champions League 2026. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga AAK UNISEL FC atas kejayaan membanggakan ini. Semoga pencapaian tersebut menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
HASRIL ABU HASSAN
JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
12 Julai 2026















































