
KUNJUNGAN HORMAT UNISEL KE MEDIA SELANGOR TEROKAI KERJASAMA DUA HALA
October 8, 2026UNISEL TERUS PERLUAS JARINGAN STRATEGIK DI CHINA, PERKUKUH KERJASAMA BERSAMA SEKTOR INDUSTRI
GUANGXI, CHINA – Selepas memperkukuh jaringan kerjasama akademik bersama tiga universiti di Guangxi, China, Universiti Selangor (UNISEL) meneruskan langkah strategiknya dengan memperluas kerjasama ke sektor industri menerusi pemeteraian Memorandum Kerjasama (MoC) bersama Guangxi Forestry Group Co., Ltd. dan Guilin Julongtan Eco Aquaculture Co., Ltd.
Delegasi UNISEL diketuai oleh Presiden dan Naib Canselor, YBhg. Prof. Emeritus Ir. Dato’ Dr. Hassan Basri, dalam usaha memperkukuh hubungan antarabangsa yang menghubungkan kepakaran akademik, penyelidikan dan keperluan industri.
Kerjasama ini memberi fokus kepada pemindahan teknologi melalui penempatan industri pelajar dan kakitangan, latihan teknikal serta penyelidikan bersama, khususnya dalam bidang Internet of Things (IoT), Artificial Intelligence (AI), Supply Chain & Logistics, Biotechnology, Smart Agriculture & Aquaculture serta Agroforestry.
Melalui pendekatan rentas disiplin, kerjasama ini membuka ruang kepada pengintegrasian kepakaran dalam bidang perhutanan, pertanian, akuakultur, teknologi digital dan pengurusan rantaian bekalan bagi menyokong pembangunan penyelesaian industri yang inovatif dan mampan.
Inisiatif ini turut memperkukuh usaha UNISEL dalam menyediakan peluang pendedahan industri antarabangsa kepada pelajar dan kakitangan, di samping menggalakkan pemindahan kepakaran, penyelidikan gunaan serta pembangunan bakat yang memenuhi keperluan industri semasa.
Kesinambungan kerjasama akademik dan industri di Guangxi ini mencerminkan komitmen UNISEL untuk menterjemahkan jaringan antarabangsa kepada hasil yang memberi manfaat kepada universiti, industri dan masyarakat.
From MoC to Impact | UNISEL Creating Impact
ᴊᴀʙᴀᴛᴀɴ ᴋᴏᴍᴜɴɪᴋᴀꜱɪ ᴋᴏʀᴘᴏʀᴀᴛ
ᴜɴɪᴠᴇʀꜱɪᴛɪ ꜱᴇʟᴀɴɢᴏʀ
9 Oktober 2026
























