
UNISEL PERKUKUH HALA TUJU MENERUSI TRANSFORMASI 2026-2030
September 21, 2026
UNISEL SANTUNI PEMASYURAN CANSELOR, LAMBANG KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN UNIVERSITI SELANGOR
September 24, 2026UNISEL JADI PILIHAN LOKASI PENGANJURAN KARNIVAL BRIDGED BAK MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026
BESTARI JAYA, 21 September 2026 – Universiti Selangor (UNISEL) terus memperkukuh peranannya sebagai ruang kolaborasi dalam pembangunan generasi muda menerusi penganjuran Karnival Pasukan Badan Beruniform Briged Bakti Malaysia (BBM) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 Tahun 2026 yang telah berlangsung pada 18 hingga 21 September 2026 di Kampus Bestari Jaya.
Majlis Perasmian Penutupan karnival yang berlangsung di Dewan Canselor UNISEL Kampus Bestari Jaya pada hari ini disempurnakan YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan kehadiran bersama Presiden Briged Bakti Malaysia, YBhg. Dato’ Dr. Haji Abdul Razak bin Haji Kechik serta Presiden dan Naib Canselor UNISEL, YBhg. Prof. Emeritus Ir. Dato’ Dr. Hassan bin Basri.
Menurut YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, penganjuran Karnival Briged Bakti Malaysia ini membuktikan bahawa institusi pendidikan tinggi seperti UNISEL bukan sahaja menjadi pusat ilmu, malah turut berperanan sebagai ruang pembentukan kepimpinan, kesukarelawanan, jati diri generasi muda dan khidmat masyarakat.
Sebagai sebahagian daripada pengisian karnival, seramai 50 orang pelajar Briged Bakti Malaysia turut menyertai Program Gotong-Royong dan Keceriaan Landskap Pangsapuri Pelajar bersama 215 orang pelajar UNISEL, menjadikan keseluruhan seramai 265 orang pelajar terlibat dalam inisiatif kesukarelawanan tersebut.
Inisiatif ini mencerminkan bahawa kehadiran BBM di UNISEL bukan hanya melalui aktiviti karnival dan pertandingan, malah turut diterjemahkan melalui khidmat bakti secara langsung kepada komuniti kampus, selaras dengan falsafah Briged Bakti Malaysia, “Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada orang lain.”
UNISEL melihat penganjuran program seperti ini sebagai satu platform strategik dalam membina jaringan kerjasama yang memberi nilai tambah kepada pembangunan belia dan mahasiswa, khususnya dalam aspek kepimpinan, kesukarelawanan, khidmat komuniti dan pembentukan generasi yang mempunyai kesedaran serta tanggungjawab terhadap masyarakat.
Majlis penutupan turut menyaksikan penyampaian hadiah, sijil dan pingat, selain pelancaran Sahabat BBM, Kelab BBM IPT dan Kerjasama Modul Al-Birr JAKIM-BBM sebagai antara agenda program. Karnival ini turut menyaksikan kontinjen Negeri Kelantan dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan, manakala kontinjen Negeri Pulau Pinang muncul sebagai Naib Johan Keseluruhan. Kejayaan tersebut melengkapkan lagi kemeriahan karnival yang menghimpunkan pasukan badan beruniform Briged Bakti Malaysia dari seluruh negara.
UNISEL berharap jalinan kerjasama bersama Briged Bakti Malaysia yang terbina menerusi penganjuran karnival ini akan terus berkembang dan membuka lebih banyak ruang kolaborasi yang memberi manfaat kepada generasi muda, masyarakat dan negara.
ᴍᴜʜᴀᴍᴍᴀᴅ ᴀʟ ʜᴀꜰɪᴢ ʙɪɴ ᴀʙᴅ ʀᴀʜᴀᴍᴀɴ
ᴘᴇɴɢᴀʀᴀʜ
ᴊᴀʙᴀᴛᴀɴ ᴋᴏᴍᴜɴɪᴋᴀꜱɪ ᴋᴏʀᴘᴏʀᴀᴛ
ᴜɴɪᴠᴇʀꜱɪᴛɪ ꜱᴇʟᴀɴɢᴏʀ

































