
UNISEL SANTUNI PEMASYURAN CANSELOR, LAMBANG KESINAMBUNGAN KEPIMPINAN UNIVERSITI SELANGOR
September 24, 2026
UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL) RAI ISTIADAT KONVOKESYEN KE-20, PERKASA GRADUAN HADAPI CABARAN MASA HADAPAN
September 26, 2026BESTARI JAYA, 25 September 2026 – Pesta Konvo Universiti Selangor (UNISEL) 2026 berlangsung meriah sebagai salah satu pengisian utama bersempena Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor Ke-20 yang bakal berlangsung pada 26 hingga 28 September 2026 di Kampus Bestari Jaya.
Majlis perasmian Pesta Konvo UNISEL 2026 telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Emeritus Ir. Dato’ Dr. Hassan Basri, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, yang turut meluangkan masa bersama warga universiti, para graduan serta pengunjung yang hadir memeriahkan pesta berkenaan.
Penganjuran Pesta Konvo ini menjadi sebahagian daripada usaha UNISEL menyemarakkan suasana sambutan konvokesyen, di samping menyediakan ruang interaksi dan kemeriahan buat para graduan, mahasiswa, warga universiti serta komuniti yang hadir.
Majlis turut diserikan dengan Simbolik Penyerahan Mock Cheque Sumbangan Makanan Ehsan PKPS daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) kepada UNISEL, yang kemudiannya diteruskan dengan simbolik penyerahan pek makanan kepada para pelajar.
Inisiatif tersebut mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan dan keperluan mahasiswa terus diberikan perhatian, khususnya dalam meraikan detik istimewa warga UNISEL sempena sambutan konvokesyen.
Kemuncak acara turut menyaksikan lima sesi cabutan bertuah utama yang disempurnakan oleh Presiden dan Naib Canselor UNISEL bersama barisan Pengurusan Eksekutif UNISEL.
Turut mencuri perhatian ialah kehadiran Tuan Shambri bin Dukor, Presiden AAK FC dan En. Ikwaniata bin Taib, Pengasas AAK FC, yang bersama-sama menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah khas bagi pembeli Kit Jersey Edisi Khas.
Lebih istimewa, seorang pemenang bertuah berjaya membawa pulang hadiah utama berupa sebuah E-Bike, sekali gus menambahkan lagi kemeriahan Pesta Konvo UNISEL 2026.
Pesta Konvo UNISEL 2026 berlangsung seiring dengan semangat meraikan pencapaian para graduan dan menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara warga universiti, alumni, keluarga graduan serta komuniti setempat dalam menyambut detik bersejarah Istiadat Konvokesyen UNISEL Ke-20.
Tahniah dan selamat berkonvokesyen kepada seluruh graduan UNISEL! Sertai pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari Pesta Konvo UNISEL dari 25 hingga 28 September 2026.
MUHAMMAD AL-HAFIZ ABD RAHAMAN
PENGARAH
JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
25 September 2026































