
JELAJAH KUASA ORANG MUDA PERKASA LITERASI POLITIK MAHASISWA UNISEL
October 15, 2026
DELEGASI UNISEL HADIRI MAJLIS PENUTUPAN SELANGOR TECHSPHERE SUMMIT 2026
October 16, 2026BESTARI JAYA, 14 Oktober 2026 – Universiti Selangor (UNISEL) telah menerima Lawatan Penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh Program oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di Kampus Bestari Jaya pada 14 & 15 Oktober 2026.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan UNISEL dalam memastikan pematuhan terhadap standard kualiti pendidikan tinggi yang ditetapkan oleh MQA, di samping memperkukuh sistem jaminan kualiti akademik serta membudayakan penambahbaikan berterusan dalam pelaksanaan program pengajian di universiti.
Lawatan penilaian ini melibatkan Ahli Panel Penilai (APP) yang dilantik oleh MQA seperti berikut:
1. Prof. Madya Dr. Zulkefli Manso
2. Dr. Mohd Zool Hilmie Mohamed Sawal
3. Prof. Madya Ts Dr. Kenny Voon Gah Leong
4. Ts. Dr. Othman Mamat
5. Prof. Madya Dr. Mohd Zailani Mohd Yusoff
6. Puan Hashimah Hussein
Sebanyak tujuh (7) program pengajian terlibat dalam penilaian pematuhan ini, merangkumi program di peringkat kedoktoran, sarjana muda dan sarjana seperti berikut:
1. Doktor Falsafah Pengkomputeran
2. Doktor Falsafah Sains
3. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pendidikan Awal Kanak-kanak
4. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pengajian Islam
5. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Industri
6. Ijazah Sarjana Muda Sains Perpustakaan (Kepujian)
7. Ijazah Sarjana Sains (Pengkomputeran)
Pelaksanaan lawatan ini turut mencerminkan komitmen pihak pengurusan universiti, fakulti dan pusat tanggungjawab (PTJ) dalam memastikan dokumentasi akademik, pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran serta mekanisme jaminan kualiti program sentiasa selaras dengan standard dan keperluan yang ditetapkan.
UNISEL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MQA, Ahli Panel Penilai, pihak pengurusan universiti, fakulti, pusat tanggungjawab serta seluruh warga kerja yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang lawatan berlangsung.
Semoga usaha ini terus memperkukuh kecemerlangan akademik, meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan tinggi dan memantapkan kedudukan UNISEL sebagai institusi pendidikan tinggi yang komited terhadap kualiti, integriti dan penambahbaikan berterusan.
ᴊᴀʙᴀᴛᴀɴ ᴋᴏᴍᴜɴɪᴋᴀꜱɪ ᴋᴏʀᴘᴏʀᴀᴛ
ᴜɴɪᴠᴇʀꜱɪᴛɪ ꜱᴇʟᴀɴɢᴏʀ

















