
DELEGASI UNISEL HADIRI MAJLIS PENUTUPAN SELANGOR TECHSPHERE SUMMIT 2026
October 15, 2026
UNISEL TERIMA LAWATAN PENILAIAN PEMATUHAN AKREDITASI PENUH PROGRAM OLEH MQA
October 16, 2026SHAH ALAM, 15 OKTOBER 2026 – Universiti Selangor (UNISEL) menerima kehadiran Program Jelajah Kuasa Orang Muda yang mengetengahkan Sesi Perkongsian Literasi Politik bersama Dr. Taufik Yaakub, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Politik dan Pentadbiran, Universiti Malaya (UM).
Program ini menjadi platform pendedahan kepada mahasiswa mengenai kepentingan literasi politik, kefahaman terhadap sistem demokrasi serta peranan generasi muda dalam mencorakkan masa depan negara.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi Ismail; Dekan Fakulti Pembangunan Mahasiswa Budiman (FPMB), Dr. Yip yang mewakili Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Madya Dr. Hamdan; serta Dekan Fakulti Sains Kesihatan (FSK), En. Sharikh.
Penganjuran program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Fakulti Pembangunan Mahasiswa Budiman (FPMB), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FBA) serta pelbagai pihak yang bersama-sama menjayakannya.
UNISEL sentiasa menyokong penganjuran program yang dapat memperluas pengetahuan, membina pemikiran kritis dan meningkatkan kesedaran mahasiswa terhadap tanggungjawab mereka sebagai generasi pelapis kepimpinan negara.
Pusat Kegiatan Pelajar & Jaringan Komuniti
COMNET UNISEL


















