
KUNJUNGAN HORMAT UNISEL KE UPM PERKUKUH AGENDA PEMBANGUNAN PENDIDIKAN PERUBATAN
June 11, 2026BESTARI JAYA, 16 Jun 2026 – Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pro-Canselor UNISEL, Y.A.D. Engku Sri Paduka Diraja, Raja Dato’ Reza Al-Haj bin Raja Dato’ Zaib Shah Al-Haj bersama Y. Bhg. Tan Sri Muhammad Ibrahim dalam satu lawatan rasmi ke Kampus Bestari Jaya yang bertujuan meninjau perkembangan universiti serta mendekati warga kampus.
Ketibaan delegasi Pro-Canselor di Bangunan Canseleri telah disambut oleh Prof. Emeritus Ir. Dato’ Dr. Hassan Basri Abdul Rahman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, bersama barisan pengurusan tertinggi universiti.
Lawatan dimulakan dengan sesi meninjau beberapa lokasi strategik dan mercu tanda kampus, termasuk Tasik Lindungan Burung, yang menawarkan suasana hijau dan tenang sebagai lambang komitmen UNISEL terhadap kelestarian alam sekitar.
Delegasi turut dibawa melawat Kolej Kediaman Pelajar, Stadium UNISEL, Galeri Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC) serta Perpustakaan dan Galeri Siddiq Fadzil yang menjadi pusat rujukan ilmu dan perkembangan intelektual universiti.
Sepanjang lawatan, Pro-Canselor berpeluang melihat sendiri kemudahan pembelajaran, pembangunan infrastruktur serta inisiatif universiti dalam menyediakan ekosistem pendidikan yang kondusif dan berdaya saing bagi melahirkan graduan berkualiti.
Dalam suasana yang penuh mesra dan harmoni, lawatan ini bukan sahaja mencerminkan sokongan berterusan pihak Pro-Canselor terhadap pembangunan universiti, malah menjadi platform penting dalam mengukuhkan hubungan antara kepimpinan universiti dan pihak berkepentingan demi memastikan UNISEL terus relevan, progresif dan cemerlang pada masa hadapan.
Lawatan berakhir dengan jamuan makan tengah hari yang turut menjadi ruang santai untuk mengeratkan silaturahim antara delegasi Pro-Canselor dan warga pengurusan universiti.
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
16 Jun 2026

























































