News & Events

September 21, 2024

AHLI PARLIMEN KLANG RAI ISTERI DI ISTIADAT KONVOKESYEN UNISEL

“Universiti Selangor (UNISEL) merupakan sebuah universiti terbaik di Selangor yang berjaya melahirkan ribuan graduan. Dengan statusnya sebagai universiti di bawah kerajaan negeri Selangor, ia mengukuhkan lagi kreadibiliti UNISEL sebagai universiti cemerlang di negeri ini,” ujar YB Tuan Ganabatirau A/L Veraman, Ahli Parlimen Klang.
September 21, 2024

ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI SELANGOR KALI KE-18

Seramai 2555 orang graduan menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-18 bertempat di UNISEL Kampus Bestari Jaya. Jumlah tersebut merangkumi 394 graduan yang mengikuti peringkat Tahun Asas, 965 graduan peringkat Diploma, 1138 graduan peringkat ljazah Sarjana Muda, 31 graduan peringkat Ijazah Sarjana, 27 graduan peringkat Kedoktoran. Istiadat penuh warna-warni dan gilang-gemilang ini berlangsung selama dua hari pada 21 dan 22 September 2024.
September 20, 2024

AHLI PARLIMEN TANJONG KARANG RASMI PESTA KONVO 2024

YB Kapt. (B) Dato' Dr. Zulkafperi Hanapi, Ahli Parlimen Tanjong Karang hari ini merasmikan Pesta Konvo 2024 sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-18 yang berlangsung di perkarangan Canseleri Kampus Bestari Jaya.
September 13, 2024

SEKITAR PROGRAM JIWA MERDEKA UNISEL 2024

Sempena sambutan Hari kemerdekaan kali ke-67 dan sambutan Hari Malaysia, Unisel menerusi Pusat Kegiatan Pelajar & Jaringan Komuniti (COMNET) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta pimpinan OP Kampus Shah Alam menganjurkan Program Jiwa Merdeka.
September 13, 2024

TAN SRI MUHAMMAD IBRAHIM DILANTIK SEBAGAI PRO CANSELOR UNISEL

Mantan Gabenor Bank Negara Ke-8, Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Pro Canselor baharu Universiti Selangor (UNISEL) di dalam satu majlis khas yang diadakan Hotel Concorde, Shah Alam.
September 12, 2024

SEKITAR PROGRAM TEMU RAPAT TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI BERSAMA MAHASISWA SABAH UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) telah menganjurkan Program Temu Rapat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Mahasiswa Sabah bertempat di Dewan Senat, Canseleri, UNISEL Kampus Bestari Jaya.
September 6, 2024

SEKITAR PROGRAM INBOUND MOBILITY UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) menerima kunjungan pelajar dari Indonesia menerusi Program ‘Inbound Mobility’ bagi tahun 2024. Program ini melibatkan 25 orang pelajar dari Konsorsium Pendidikan Tinggi dan Cendikiawan Nusantara (KPTCN) serta 12 orang pelajar dari Universitas Trunojoyo Madura.