SELAMAT DATANG KE UNISEL BUAT PELAJAR BAHARU KEMASUKAN NOVEMBER 2024
- November 14, 2024
- 1 min read
Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Yayasan UNISEL (YUSEL) mengadakan majlis Makan Malam Amal bagi meraikan YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang menerima anugerah Ijazah Kehormat (Doktor Falsafah) Sains Politik & Kemasyarakatan pada Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-17 baru-baru ini. Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucapannya berkata, setiap tahun UNISEL akan meraikan penerima ijazah kehormat UNISEL. YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah tahun ini dipilih sebagai penerima atas sumbangan beliau terhadap UNISEL terutama sekali semasa beliau menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. “Sepanjang menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 21 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020, Wan Azizah sering kali berkunjung ke UNISEL untuk melihat sendiri perkembangan universiti ini,” katanya. “Malah, beliau turut merasmikan Persidangan Kebangsaan Wanita dan Pembangunan Keluarga 2018 pada 11 Oktober 2018 di Auditorium Za’ba, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FPSS), UNISEL Kampus Bestari Jaya serta Karnival Komuniti Prihatin dan Hari Terbuka UNISEL 2018 pada 1 September 2018 di Padang Awam, Desa Mentari, Petaling Jaya, Selangor,” katanya. Dalam pada itu, Makan Malam Amal ini juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi mengisi tabung YUSEL. Menurut Hajah Rokmaa Haji Mat, Pengarah YUSEL merangkap Pendaftar, YUSEL adalah satu medium yang menguruskan sumbangan selain membantu pelajar dan mereka yang memerlukan secara teratur, berhemah dan berterusan. “YUSEL secara rasminya ditubuhkan pada tahun 2019. Pengerusi YUSEL adalah Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL manakala Lembaga Pemegang Amanah adalah Dato’ Dr. Muhd Nur Manuty,” katanya. YUSEL ditubuhkan bagi menyediakan ruang dan peluang kepada warga UNISEL dan masyarakat memberi sumbangan untuk membantu universiti bagi merancakkan aktiviti pembangunan pendidikan selain menjaga kebajikan pelajar, warga kerja dan masyarakat. Majlis yang berlangsung di Double Tree by Hilton, I-City itu turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, YAD Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj, Canselor UNISEL dan YAD Dato’ Setia Dr. Haji Anuar Haji Masduki, Pro Canselor UNISEL. Antara kenamaan yang hadir sebagai penyumbang kepada YUSEL adalah Dato’ Hussamuddin Haji Yaacub, Tan Sri Dr. R. Palan, Datuk Mohd Sufian Othman, Dato Azmi Mohd Ali, Tuan Dr. Nor Fuad Abdul Hamid, YB Tuan Mohd Najwan Halimi, Tuan Zaini Sulaiman dan Puan Adibah Ahmad. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor13 September 2023
© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor