
CALL FOR ABSTRACTS & PARTICIPATION | INTERNATIONAL EDUCATION CONFERENCE 2026 (IEC 2026)
November 3, 2026
TERBANG TINGGI, MENGHARUMKAN NAMA UNISEL DI PERSADA ANTARABANGSA!
November 5, 2026SHAH ALAM, 5 NOVEMBER 2026 – Universiti Selangor (UNISEL) terus menunjukkan perkembangan positif dalam QS Asia University Rankings 2027 yang diumumkan pada 3 November lalu apabila berjaya memperkukuh kedudukannya di peringkat Asia dan Asia Tenggara.
Berdasarkan keputusan penarafan tersebut, UNISEL mencatatkan peningkatan kedudukan daripada tangga ke-1,195 kepada 1,186 di peringkat Asia, manakala di Asia Tenggara meningkat daripada kedudukan ke-173 kepada 172.
Pencapaian ini lebih signifikan apabila mengambil kira pertambahan jumlah institusi yang disenaraikan, iaitu daripada 1,534 kepada 1,722 institusi di Asia serta daripada 253 kepada 304 institusi di Asia Tenggara.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Penyelidikan) UNISEL, Profesor Madya Dr. Fridelina binti Sjahrir, pencapaian tersebut mencerminkan komitmen dan kerjasama berterusan seluruh warga universiti dalam memperkukuh kecemerlangan akademik, penyelidikan serta reputasi institusi.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada proses penarafan berkenaan dan berharap kerjasama tersebut dapat diteruskan bagi meningkatkan kedudukan UNISEL pada masa hadapan.
Sebagai persediaan menghadapi kitaran penarafan QS 2028, UNISEL kini sedang giat mengumpulkan maklumat ahli akademik dan majikan bagi tujuan Academic and Employer Reputation Survey, selain merancang pengumpulan data institusi serta maklumat berkaitan QS Sustainability.
UNISEL komited untuk terus memperkukuh daya saing dan reputasinya sebagai institusi pendidikan tinggi yang berdaya maju di peringkat nasional dan antarabangsa.
JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR


















