
UNISEL PERKUKUH JARINGAN ANTARABANGSA MELALUI KERJASAMA BERSAMA TIGA UNIVERSITI DI CHINA
October 8, 2026
UNISEL TERUS PERLUAS JARINGAN STRATEGIK DI CHINA, PERKUKUH KERJASAMA BERSAMA SEKTOR INDUSTRI
October 9, 2026Jabatan Komunikasi Korporat Universiti Selangor (UNISEL) hari ini telah mengadakan satu lawatan kunjungan hormat ke ibu pejabat Media Selangor Sdn Bhd di Menara Bank Rakyat, Shah Alam.
Delegasi UNISEL yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat UNISEL, En. Al-Hafiz Abd Rahaman, telah disambut mesra oleh Ketua Komunikasi Korporat dan Kelestarian Media Selangor, En. Mahadi bin Mohd Mustafa.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka pelbagai peluang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak. Antara fokus perbincangan merangkumi penyebaran maklumat liputan media, pengurusan jenama institusi, serta program perkongsian kepakaran dalam bidang media dan komunikasi.
Selain sesi perbincangan dan bertukar fikiran, pihak delegasi UNISEL turut dibawa melawat ke sekitar ruang kerja serta kemudahan fasiliti studio penyiaran dan penerbitan moden yang dimiliki oleh Media Selangor.
Menurut Al-Hafiz, kolaborasi bersama pengamal media tempatan seperti Media Selangor adalah sangat vital bagi memastikan sebaran maklumat dan kejayaan akademik serta penyelidikan UNISEL dapat disampaikan kepada masyarakat dengan lebih meluas dan berkesan.
Pertemuan tersebut diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata sebagai simbolik jalinan kerjasama yang erat dan komitmen berterusan untuk masa depan.
ᴊᴀʙᴀᴛᴀɴ ᴋᴏᴍᴜɴɪᴋᴀꜱɪ ᴋᴏʀᴘᴏʀᴀᴛ
ᴜɴɪᴠᴇʀꜱɪᴛɪ ꜱᴇʟᴀɴɢᴏʀ




















