
SEBUAH PANDANGAN DARI LANGIT, SEJUTA CERITA DI BUMI UNISEL
September 29, 2026
UNISEL TEROKAI PEMBANGUNAN PROGRAM PERUBATAN
October 3, 2026PERINGKAT PEMILIHAN KAMPUS ACS EDU TOUR SEASON 5: KUDETA & KRYZTARD BAKAL BAWA CABARAN UNISEL KE PERINGKAT NEGERI
BESTARI JAYA, 1 Oktober 2026 – Kemeriahan arena e-sukan kembali membara di Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya menerusi penganjuran kejohanan ACS Edu Tour Season 5. Kejohanan yang membariskan permainan popular Mobile Legends: Bang Bang ini dijayakan menerusi kerjasama antara Kelab Esport UNISEL (House of Renaissance), Perpustakaan Unisel, Pusat Sukan dan Budaya UNISEL, KITAMEN, serta CRIT Esports.
Pertandingan di peringkat pemilihan kampus ini telah menyaksikan persaingan sengit daripada pasukan-pasukan terbaik mahasiswanya yang berentap demi merebut gelaran juara serta tiket untuk mewakili kampus ke peringkat yang lebih tinggi.
Setelah melalui persaingan yang penuh sengit dan mendebarkan, pasukan Kudeta berjaya menonjolkan kehebatan strategi serta kerjasama pasukan yang mantap, sekali gus diangkat sebagai Juara (Tempat Pertama). Pasukan Kryztard pula tidak kurang hebatnya apabila berjaya merangkul gelaran Naib Juara (Tempat Kedua), manakala Tempat Ketiga disandang oleh pasukan Kage Nova.
Kemenangan ini secara tidak langsung memberi mandat rasmi kepada pasukan Kudeta dan Kryztard untuk membawa nama UNISEL Kampus Bestari Jaya ke Peringkat Negeri. Di peringkat seterusnya, kedua-dua pasukan ini bakal berdepan tentangan sengit daripada wakil tujuh buah universiti lain bagi merebutkan mahkota kejuaraan keseluruhan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah menjayakan kejohanan ini. Semoga pasukan UNISEL dapat mempamerkan aksi terbaik serta membawa pulang kejayaan manis di peringkat negeri kelak!
PERPUSTAKAAN UNISEL



























