
UNISEL HADIR MERIAHKAN MAJLIS PERASMIAN SUKMA XXII DAN PARA SUKMA SELANGOR 2026
August 15, 2026
KUNJUNGAN HORMAT & TAKLIMAT PELAN TRANSFORMASI UNISEL 2026-2030
August 19, 2026UNISEL-CHINA SINERGI: MENEROKA HORIZON BAHARU PENYELIDIKAN, INOVASI DAN TEKNOLOGI MASA HADAPAN
Shah Alam, 18 Ogos 2026 - Universiti Selangor (UNISEL) hari ini mengadakan sesi pertemuan dan perbincangan bersama delegasi akademik dari China bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, inovasi dan teknologi.
UNISEL diwakili oleh Prof. Madya Dr. Dzulkarnain Ahmad, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Transformasi dan Jaringan Industri, Dr. Intan Faraha A. Ghani, Pengarah Centre for Commercialization and Industrial Linkages (CCIL) serta En. Amran Abdul Wahab, Penasihat Kewangan Korporat UNISEL.
Pertemuan ini melibatkan wakil akademik daripada Nanning Vocational and Technical University (NVTU) dan Guangxi Minzu University, China. Antara fokus utama perbincangan ialah potensi kolaborasi penyelidikan dalam bidang akuakultur dan pertanian, selain meneroka bidang lain yang mempunyai kepentingan bersama.
Kepakaran delegasi dalam Artificial Intelligence (AI), image recognition, machine learning dan smart agriculture turut membuka peluang kepada penyelidikan rentas disiplin, termasuk pembangunan smart aquaculture dan smart agriculture.
Pertemuan ini diharapkan menjadi titik permulaan kepada pembangunan projek penyelidikan bersama, pertukaran kepakaran, inovasi, pengkomersialan dan pemindahan ilmu yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
𝘋𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘦𝘮𝘶𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘰𝘭𝘢𝘣𝘰𝘳𝘢𝘴𝘪, 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘺𝘦𝘭𝘪𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘪𝘮𝘱𝘢𝘬.





















