
MAJLIS SIMBOLIK PENYERAHAN BANTUAN PERANTI LAPTOP MITRA KEPADA MAHASISWA INDIA UNISEL
July 15, 2026BESTARI JAYA, 17 Julai 2026 – Koperasi Universiti Industri Selangor Berhad (KUISB) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-19 bagi Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Senat, Universiti Selangor (UNISEL).
Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh tadbir urus koperasi, membentangkan pencapaian semasa serta merangka hala tuju strategik demi memastikan manfaat yang lebih menyeluruh kepada seluruh anggota.
Sebagai sebuah entiti perniagaan milik anggota, KUISB terus memainkan peranan signifikan dalam menerajui pelbagai aktiviti ekonomi yang memberi nilai tambah kepada warga kampus.
Berbeza dengan organisasi perniagaan berasaskan pelabur, kekuatan sesebuah koperasi terletak pada penyertaan aktif anggotanya yang menjadi pemilik, pengguna dan pemacu utama kepada perkembangan koperasi.
Sehingga kini, KUISB dianggotai oleh lebih 400 orang anggota yang menjadi nadi kepada kelangsungan serta perkembangan koperasi. Melalui penyertaan aktif ini, anggota bukan sahaja menikmati pelbagai kemudahan dan manfaat yang disediakan, malah turut menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi koperasi yang mampan.
Dalam masa yang sama, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terus memberi ruang dan peluang kepada gerakan koperasi untuk memperluaskan penglibatan dalam aktiviti sosioekonomi negara.
Inisiatif ini bertujuan meningkatkan taraf hidup anggota, di samping membantu mengurangkan kos sara hidup masyarakat melalui pembangunan koperasi yang lebih progresif dan berdaya saing.
Selaras dengan Aspirasi SKM 2026, "Memperkasa Gerakan Koperasi Negara", KUISB turut komited untuk memperkukuhkan tadbir urus, mempertingkat kecekapan operasi, mengadaptasi teknologi digital serta memperluaskan rantaian bekalan bagi memastikan manfaat ekonomi dapat dinikmati secara optimum oleh setiap anggota.
Penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan ini mencerminkan komitmen berterusan KUISB dalam mengamalkan prinsip tadbir urus yang telus, bertanggungjawab dan inklusif. Dengan sokongan padu seluruh anggota, KUISB diyakini akan terus berkembang sebagai sebuah koperasi yang mampan, berdaya tahan dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan warga UNISEL serta pembangunan ekonomi koperasi negara.
HASRIL ABU HASSAN
JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
17 Julai 2026



























