October 13, 2025
Universiti Selangor (UNISEL) meraikan Hari Sukan Negara 2025 pada 11 Oktober lepas dengan penganjuran dua kejohanan sukan utama iaitu Pertandingan Badminton Selangor Veteran dan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka UNISEL. Kedua-dua acara ini berlangsung meriah di Kompleks Sukan Kampus Bestari Jaya dan berjaya menarik penyertaan besar daripada pelbagai lapisan masyarakat.













