PELAJAR UNISEL TERIMA ANUGERAH PELAJAR TERBAIK PERAKAUNAN 2020 MIA

  • Home
  • PELAJAR UNISEL TERIMA ANUGERAH PELAJAR TERBAIK PERAKAUNAN 2020 MIA
Shape

Pelajar Universiti Selangor (UNISEL), Muhamad Farid Wahid menerima Anugerah Pelajar Terbaik Perakaunan 2020 oleh Institut Perakaunan Malaysia (MIA) pada Persidangan Antarabangsa MIA 2021 yang berlangsung secara atas talian bermula 8 hingga 10 Jun 2021. Muhamad Farid Wahid, pelajar Ijazah Sarjana Muda (ISM) Perakaunan (Kepujian) yang sudah menamatkan pengajiannya pada Disember tahun lepas itu kini bergelar Protégé-GEES / Junior Executive di Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). Berikutan kejayaan tersebut, beliau bakal menerima biasiswa pembangunan professional daripada Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) dan wang tunai berjumlah RM500. Ujar Muhamad Farid Wahid, beliau amat bersyukur dan bangga apabila diumumkan terpilih memenangi anugerah tersebut. Beliau juga amat bangga kerana dapat mengharumkan nama UNISEL sekali gus menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain terutama sekali pelajar progam Perakaunan. “Jutaan terima kasih kepada keluarga, pensyarah serta rakan-rakan yang banyak menyokong saya selama ini. Harapan saya agar dapat menjadi pemangkin semangat buat rakan-rakan yang lain,” ujarnya. Menurut Datin Noor Nasyikin Md. Zain, Penyelaras Program ISM Perakaunan (Kepujian) UNISEL, ini merupakan penanugerahan tahunan yang memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam program perakaunan dari 17 buah universiti. “Kejayaan Muhamad Farid Wahid adalah satu kebanggan buat UNISEL yang mana kita berjaya membuktikan program Perakaunan UNISEL adalah antara yang terbaik dan setanding dengan universiti terkemuka dunia,” ujar beliau. Tambah beliau lagi, UNISEL menawarkan program pengajian yang berkualiti tinggi. Program-program yang ditawarkan di UNISEL bukan saja mendapat akreditasi penuh dari Agensi Kelayan Malaysia (MQA), malah ada program kita yang mendapat akreditasi dan pengiktirafan oleh badan professional antarabangsa. “Sebagai contoh, Program ISM Perakaunan (Kepujian) UNISEL mendapat pengiktirafan dan akreditasi penuh daripada badan-badan professional perakaunan di Malaysia dan antarabangsa iaitu MIA, ACCA, CIMA dan ICAEW selain daripada akreditasi penuh oleh MQA,” ujar beliau Menariknya di UNISEL, kesemua kursus melalui proses penambahbaikan terhadap struktur program dan silibus yang mana kemaskini dilakukan dari masa ke semasa dengan mendapat khidmat nasihat daripada ilmuan akademik dan pakar dalam industri. Ini bagi memastikan setiap program yang ditawarkan berada di tahap kualiti yang terbaik dan memenuhi keperluan industri, seterusnya menghasilkan graduan yang berdaya saing. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat

mia
mia_u1

Previous
Next

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor