Pelajar Dan Kakitangan Sertai Gotong Royong Di Kolej Kediaman Bestari Jaya

  • Home
  • Pelajar Dan Kakitangan Sertai Gotong Royong Di Kolej Kediaman Bestari Jaya
Shape

Satu program gotong-royong peringkat Kolej Kediaman Universiti Selangor (UNISEL), kampus Bestari Jaya berlangsung dengan jayanya hari ini.

Program yang dihadiri oleh barisan pengurusan UNISEL diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman itu juga turut disertai oleh pelajar-pelajar yang menginap di kolej kediaman. Program ini meliputi aktiviti penanaman pokok dan pembersihan kawasan sekitar kolej kediaman.

Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucapan ringkasnya menyarankan agar aktiviti gotong-royong seperti ini harus dilaksanakan sekerap yang mungkin bagi mengekalkan kebersihan dan kehijauan kampus ini.

Beliau dalam pada itu turut menyeru agar setiap warga universiti mengambil tanggungjawab untuk bersama-sama menjaga setiap fasiliti yang telah disediakan supaya keselesaan dan kemudahan tersebut dapat dinikmati bersama secara berpanjangan.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor