Universiti Selangor (UNISEL) baru-baru ini melancarkan Majlis Persatuan Bahasa Mandarin (UNIMAND) yang berlangsung dengan jayanya di Auditorium Al-Ghazali, UNISEL Bestari Jaya.
Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucapannya perasmiannya berkata, ini merupakan satu pelancaran yang baik dalam menjadikan Bahasa Mandarin sebagai Bahasa ketiga terpenting selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
“Dengan adanya pesatuan ini, para pelajar khususnya dapat menjadikan persatuan ini sebagai satu platform untuk memperkasakan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Mandarin”, ujar beliau.
“Ini juga merupakan titik permulaan yang baik bagi mempromosikan UNISEL sebagai destinasi menyambung pengajian kepada masyarakat luar terutamanya masyarakat Cina”, ujar beliau lagi.
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor