Bachelor of Education (Hons) (Early Childhood Education)
Bakal graduan akan menjalani sesi pengajian secara sepenuh masa selama tiga tahun setengah yang merangkumi kuliah, kerja kursus, projek berkumpulan dan peperiksaan di samping aktiviti-aktiviti yang bersesuaian mengikut keperluan semasa.
Bagi tujuan pembangunan profesional, bakal graduan juga akan menjalani latihan praktikum di Taska dan Tadika untuk memberi pendedahan secara langsung dunia pendidikan awal kanak-kanak yang sebenar. Bakal graduan juga perlu menyiapkan projek akhir tahun (kertas projek) sebagai memenuhi syarat kepujian dalam program pendidikan awal kanak-kanak yang ditawarkan.
Entry Requirement
- Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP) dalam mana-mana dua mata pelajaran atau setaraf dengannya ATAU
- Lulus Matrikulasi/Asasi dengan NGMP minimum 2.00 atau setaraf dengannya ATAU Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau Diploma yang setaraf dengannya.
- Kelayakan atau pengalaman dan yang berkaitan atau yang diterima oleh Senat Universiti / pihak berkuasa yang kompeten di Malaysia.