
HEDG 2026 HIMPUNKAN PMIKIR GLOBAL DALAM MEMBINA EKONOMI BERTERASKAN KEMANUSIAAN
July 22, 2026
PAMERAN FINAL YEAR PROJECT SHOWCASE 2026 SERLAH BAKAT, INOVASI DAN KREATIVITI PELAJAR FKSVP
July 24, 2026UNISEL SERTAI STUDY IN MALAYSIA NORTH AFRICAN TOUR 2026 : PERKUKUH PROMOSI PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA DI ALGERIA & TUNISIA
Universiti Selangor (UNISEL) melalui Pejabat Antarabangsa telah menyertai Study in Malaysia North African Tour 2026, sebuah siri jelajah promosi pendidikan tinggi Malaysia yang berlangsung di Tunisia dan Algeria.
Program ini menghimpunkan institusi pengajian tinggi Malaysia bagi mempromosikan peluang melanjutkan pengajian di Malaysia kepada bakal pelajar antarabangsa, sekali gus memperkukuh hubungan akademik antara Malaysia dan negara-negara di rantau Afrika Utara.
Jelajah ini melibatkan beberapa lokasi utama iaitu di Radisson Blu Hotel & Convention Center, Tunis pada 18 Julai 2026, Sousse Palace Hotel & Spa, Sousse pada 19 Julai 2026, Hôtel Bay Oran, Oran pada 21 Julai 2026 dan Sofitel Algiers Hamma Garden pada 25 Julai 2026.
Program yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang ini mendapat sambutan menggalakkan daripada bakal pelajar, ibu bapa serta pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan.
Sepanjang pameran, delegasi UNISEL telah mengadakan sesi konsultasi secara bersemuka dengan pengunjung bagi memberikan penerangan terperinci mengenai pelbagai program pengajian yang ditawarkan di peringkat asasi, diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.
Selain itu, pengunjung turut diberi maklumat berkaitan syarat kemasukan, proses permohonan, peluang biasiswa, kemudahan kampus, kehidupan sebagai pelajar antarabangsa serta prospek kerjaya selepas tamat pengajian.
Melalui penyertaan dalam program promosi pendidikan antarabangsa seperti ini, UNISEL akan terus memperkukuh kerjasama dengan rakan strategik serta memperluaskan akses kepada peluang pendidikan tinggi bertaraf antarabangsa, selaras dengan aspirasi universiti untuk melahirkan graduan yang berdaya saing dan berfikiran global.
JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
23 Julai 2026



















