
UNISEL SERTAI STUDY IN MALAYSIA NORTH AFRICAN TOUR 2026 : PERKUKUH PROMOSI PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA DI ALGERIA & TUNISIA
July 23, 2026
UNISEL PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK DENGAN INSTITUSI CHINA
July 29, 2026PAMERAN FINAL YEAR PROJECT SHOWCASE 2026 SERLAH BAKAT, INOVASI DAN KREATIVITI PELAJAR FKSVP
BESTARI JAYA – Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FKSVP), Universiti Selangor (UNISEL) telah menganjurkan Final Year Project Showcase 2026, sebuah platform yang mengetengahkan hasil projek tahun akhir pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda daripada Jabatan Komunikasi, Jabatan Seni Visual dan Jabatan Pengkomputeran.
Pameran yang berlangsung selama empat hari bermula 20 hingga 23 Julai 2026 ini menghimpunkan pelbagai idea kreatif, penyelidikan serta inovasi pelajar dalam bidang komunikasi korporat, fotografi, grafik dan multimedia, sains komputer, kejuruteraan perisian serta sistem maklumat. Sepanjang penganjuran, pelajar turut melalui sesi penilaian oleh pensyarah dan penilai industri, selain mempamerkan hasil projek kepada warga universiti serta pengunjung.
Program ini turut menjadi usaha FKSVP dalam merealisasikan aspirasi universiti untuk menjadikan Final Year Project Showcase sebagai ikon tahunan fakulti yang mampu memperlihatkan kecemerlangan akademik, kreativiti dan kebolehpasaran graduan UNISEL.
Selain menjadi medan penilaian projek akhir, pameran ini membuka ruang kepada pelajar untuk mempersembahkan idea dan inovasi mereka kepada pihak industri, di samping memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai kekuatan program akademik yang ditawarkan oleh FKSVP. Inisiatif ini juga selaras dengan nilai Malaysia MADANI, khususnya dalam memperkukuhkan aspek Kesejahteraan, Daya Cipta dan Keyakinan melalui penghasilan projek berimpak tinggi.
Penganjuran Final Year Project Showcase 2026 dijangka dapat memperkukuhkan reputasi FKSVP dan UNISEL sebagai institusi yang melahirkan graduan berkualiti, kreatif dan inovatif, selain meningkatkan keterlihatan universiti melalui promosi serta liputan meluas di pelbagai platform media sosial dan jaringan industri.
Semalam, telah berlangsungnya majlis penutup program yang turut menyaksikan penyampaian sijil dan hadiah kepada projek terbaik daripada setiap jabatan sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan, komitmen dan kreativiti para pelajar dalam menghasilkan projek yang berkualiti serta memenuhi keperluan industri.
HASRIL ABU HASSAN
PENGARAH KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
24 Julai 2026
































