
UNISEL SAMBUT KERJASAMA INOVASI SELATI : DRONEPORT-1000 TERAJUI EKONOMI ALTITUD RENDAH DI SELANGOR
July 30, 2026
KULIAH DHUHA : MENJADI WANITA SETEGUH ASIAH
August 6, 2026Universiti Selangor (UNISEL) terus komited melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing menerusi sesi Pengambilan Ogos 2026, yang bermula pada hari ini dengan tumpuan khusus kepada Program Asas (Asasi) bagi lepasan SPM dan setaraf.
Suasana pendaftaran pelajar baharu di Kampus Bestari Jaya berlangsung meriah seawal jam 8.30 pagi. Para pelajar dan ibu bapa hadir membawa impian baharu untuk memulakan langkah pertama ke alam pengajian tinggi menerusi persediaan di peringkat pengajian Program Asas.
Program Asas di UNISEL dirangka khas sebagai jambatan akademik yang kukuh sebelum pelajar melangkah ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Pelbagai kursus ditawarkan seperti Program Asas Sains, Program Asas Pengurusan, Program Asas Teknologi Maklumat, Program Asas Sastera, Program Asas Tesl dan Program Asas Pengajian Islam.
Program Asas ini juga merupakan laluan pantas & laluan terus (Direct Pathway) ke program Ijazah Sarjana Muda pilihan di UNISEL.
Dalam pada itu, UNISEL turut mendapat sokongan Kerajaan Negeri Selangor dengan menawarkan Yuran Pengajian Percuma /Dermasiswa melalui Biasiswa Asas UNISEL (bagi calon yang layak) bagi mengurangkan beban kewangan keluarga.
Turut hadir menyambut kehadiran pelajar baharu ialah Prof. Madya Dr. Hamdan Bin Dato' Mohd Salleh, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL. Beliau menegaskan bahawa Program Asas di UNISEL bukan sekadar persediaan akademik, malah medan pembentukan sahsiah dan kepimpinan pelajar.
Daftar Sekarang Untuk Sesi Kemasukan Ogos 2026. Bagi lepasan SPM yang masih mencari hala tuju atau mahu memulakan pengajian asas dengan kadar segera, tempoh pendaftaran kini dibuka dan dipanjangkan bagi memberi peluang kepada lebih ramai pelajar.
Hubungi Kami:
• Kampus Bestari Jaya: 03-3280 5062
• Kampus Shah Alam: 03-5522 3400
Laman Web Rasmi:www.unisel.edu.my
• +6011-2308 8002 (Cik Bunga)
• +6018-328 0167 (Cik Mira)
HASRIL ABU HASSAN
PENGARAH KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
6 Ogos 2026













































